Labels

Monday, May 11, 2009

GOLDEN LOUNGE - CADANGAN KPD IDRIS JALA




DULU tidak ramai rakyat jelata yang mampu menaiki kapalterbang. Semenjak AirAsia dilancarkan dengan slogan "Everybody can fly", menaiki kapalterbang sudah menjadi lebih murah dan lebih ramai yang mampu menaikinya. Golden Lounge atau yang setaraf dengannya masih lagi menjadi hak ekslusif sebahagian kecil daripada penumpang kapalterbang sahaja. AirAsia tidak mempunyai lounge. MAS pula menyediakan lounge kepada penumpang kelas perniagaan dan pemegang kad Enrich Emas sahaja.

Pada hakikatnya ramai penumpang dan orang awam yang sangat berkeinginan untuk memasuki Golden Lounge. Namun oleh kerana ia adalah ekslusif, maka keinginan ini hanyalah menjadi impian sahaja. Saya berpendapat impian dan keinginan orang awam ini boleh mencipta peluang perniagaan yang baik.

Apa kata sekiranya MAS membuka Golden Lounge ini secara francais di luar lapangan terbang. Katakan di tengah-tengah bandar, di kompleks membneli belah dan sebagainya. Ia bukan lagi ekslusif kepada penumpang kelas perniagaan sahaja, malahan kepada sesiapa sahaja yang mahu (mempunyai wang sudah semestinya). Saya fikir francais Golden Lounge atau yang setaraf dengannya tidak terdapat di mana-mana bandaraya di duniapun. Apa salahnya jika Malaysia mempeloporinya dan menjadi yang pertama. Mungkin francais ini menjadi ekslusif untuk Malaysia dan MAS bagi seluruh dunia!.

Saya fikir francais Golden Lounge di luar lapanganterbang adalah laku kerana banyak faktor.

Apa kata anda? Perlukan saya menulis surat kepada Dato' Sri Idris Jala mengenai idea ini?.

1 comment:

Cat Cat said...

What a BRILLIANT idea!

Saya amat setuju dengan cadangan francais GL tu.