Labels

Wednesday, May 20, 2009

MESYUARAT YANG MENYERONOKKAN

SEMEMANGNYA sudah menjadi sifat semulajadi manusia, mereka mahukan yang indah-indah, cantik-cantik dan menyeronokkan. Bak kata orang tua-tua, "rezeki jangan ditolak, bala (kerja) jangan dicari".

Pada minggu ini sahaja saya sudah menghadiri dua mesyuarat yang sangat membosankan. Sekiranya mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan tugas dan diwajibkan hadir kerana tugas, seronok atau tidak ia memang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun kedua-dua mesyuarat tersebut adalah mesyuarat persatuan yang merupakan kerja sukarela. Kerja-kerja sukarelapun boleh menyeronokkan kita sekiranya perjalannya adalah baik, teratur, tersusun dan dilakukan dengan penuh komitmen.

Pada saya, kebolehan pengerusi mesyuarat adalah sangat-sangat penting bagi membolehkan sesebuah mesyuarat berjalan dengan lancar dan tidak membosankan. Kebolehan istimewa akan membuatkan mesyuarat itu menghiburkan.

Semasa saya bertugas di sebuah jabatan di Kementerian Kewangan lama dahulu, saya tidak pernah ketinggalan walau satupun mesyuarat yang dijadualkan. Saya sangat seronok dan menanti-nantikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat ditetapkan pada setiap Isnin jam 10am. Saya akan pastikan saya tidak akan miss mesyuarat tersebut dan apabila saya cuti sakit ataupun terpaksa bercuti atas alasan tertentu juga, saya hadir ke mesyuarat tersebut. Banyak faktor yang menjadikan ia adalah sebuah mesyuarat yang menyeronokkan.

3 comments:

Anonymous said...

MBA,
apakah tips utk menjadi pengerusi mesyuarat yg menghiburkan lagi effective..?
terima kasih.

mba2u said...

"menghiburkan" adalah subjektif. Ada yg suka begitu, ada yg benci. Ada yg suka begitu ada yg tidak suka.

Dulu.... saya suka pengerusi yg banyak beri info, bercerita tetapi tidak meleret2 tak tentu hala.

Saya tidak suka pengerusi yg ulang2 perkara yg sama bertalu-talu dan tembak2 tak tentu hala.

sense of humor perlu ada. respect ahli juga perlu. tepati masa adalah wajib.

Jadi.... jadilah pengerusi yg anda sendirei suka jika anda jadi ahli mesyuarat.

sabre23t said...

Saya pun ada mesyuarat mingguan yang acap kali saya akan hadir. Namun begitu, ia lebih kepada "menaikkan tekanan darah" dari "menghiburkan". :-(