Labels

Thursday, May 07, 2009

KEPAYAHAN PEJABAT

ENTRI kali ini adalah berkaitan dengan kemudahan yang tidak mencukupi untuk menjalankan kerja di pejabat. Lantaran itu "kemudahan" ditukar menjadi "kepayahan".

Sedari dulu, saya mewmpunyai komputer sendiri di rumah. Ini adalah kerana:-
i. komputer yang disediakan di pejabat tidak mencukupi
ii. Masa berada di pejabat adalah terbatas
iii. Perlu menjalankan kerja di rumah

Dulu, saya pernah ditegur oleh bos supaya jangan membawa komputer milik peribadi ke pejabat. Gunakan komputer pejabat, walaupun hanya tiga butir yang disediakan. Deraf guna pen dan serahkan kepada staf untuk menaip. Jika saya ikut nasihat beliau, sudah tentu hingga sekarang saya tidak tahu menggunakan aplikasi komputer (seperti beliau).

Setelah adanya Internet, keperluan untuk mempunyai komputer sendiri (desktop atau laptop) semakin dirasakan. Bukan setakat komputer sahaja, malahan talian internet juga perlu dilanggan dan dibayar sendiri. Sebabnya ialah:-

a. Talian internbet di pejabat lebih perlahan berbanding dengan di rumah
b. Banyak sangat pantang larang di pejabat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walaupun ia adalah suatu keperluan untuk menjalankan tugas.
c. Faktor masa

Alat untuk bekerja ini adalah berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Ada orang yang dapat komputer desktop dan laptop atyau notebook. Dapat handphone dengan kemudahan broadband dan macam-macam lagi. BAgi saya, sejak dari dahulu tidak pernah menikmati kemudahan tersebut. Oleh itu ia dinamakan kepayahan. Barangkali kerana saya bekerja di jabatan. Kini apabila bekerja di kementerian pun, masih begitu juga. Orang yang bekerja di jabatanpun dapat.

Sekali-sekala apabila notebook sendiri kaput, susahnya nak buat kerja pejabat. Masakan malam2 atau hari minggu perlu berada di pejabat sedangkan dengan berbelanja sedikit (beli notebook), ia dapat dibereskan di rumah sahaja. Pokoknya pejabat tidak menyediakan kemudahan tersebut, melainkan kepayahan jua. Mengapa ya?.

Sepatutnya pejabat perlu menyediakan segala kemudahan bagi pekerjanya. Malahan bagi pekerja yang belum kahwinpun, pejabatnya perlu mencarikan pasangan dan mengatur perkahwinan untuknya. Ada hadis yang menyebut begitu. Tapi kini?. Engkau bujang ke, duda ke, dadu ke, apa peduli?. Kerja-kerja-kerja. Malahan ada bos yang marah-marah bila anak buah cuti di musim cuti (cuti sekolah, hujung tahun, perayaan dll) hatta untuk bertemu ibu bapa sekalipun. Mengapa ekk?.

2 comments:

Anonymous said...

Salam, MBA.

Entahlah, sekarang ni rasa pelik kerana kebanyakan boss tidak mempercayai pekerjanya, walau pun pekerja tersebut telah memberikan prestasi terbaik kepada bossnya.

Mek Twing said...

Bukan setakat tu aje...kadangkala pekerja melakukan lebih daripada apa yang sekarang ini ...ramai-ramai terma kan kerja ikut gaji...
bukan memuji prestasi baik pekerja sebaliknya mempersoalkan kenapa buat kerja dirumah? (walaupun kerja itu perlu disiapkan dalam tempoh yang ridiculously fast!) Siapa yang tahu ape yang dia buat dirumah... itu tak apa lah lagi... ini yang kerja lewat di pejabat... masyaAllah.... macam mana kita tahu dia kerja lewat... di pejabat di tak blogging ke atau baca majalah online ke...atau facebook ke... dan bukannya buat kerja!

kepercayaan majikan kepada pekerja sudah mencapai tahap yang agak silly kalau nak dipikirkan... kalau macam tu...pasang bodyguard sorang satu untuk pastikan orang itu bekerja sepatutnya dan tidak mengular buat benda lain...