Labels

Monday, May 25, 2009

MENGAPA KITA BERBASIKAL?


MENGAPA kita berbasikal?. Di antara beberapa jawapan yang kita biasa dengar ialah kerana berbasikal adalah sejenis senaman yang boleh menyihatkan badan. Mengikut pakar, senaman terbaik ialah berenang dan yang kedua adalah berbasikal. Sebab lain ialah untuk bersosial, menjelajah, melihat keindahan alam semulajadi dan yang seumpama dengannya.

Semasa berhenti rehat dan menikmati nasi lemak ikan keli di Lenggeng hari Sabtu lepas, ramai kumpulan kanak-kanak berbasikal yang datang 'mengintai' dan mengurumi kami. Maklumlah basikal kami mahal-mahal agaknya (bagi kanak-kanak kampung). Namun apa yang menarik perhatian saya ialah tentang seorang kanak-kanak cacat yang datang dengan basikal yang diubahsuai khusus (lihat gambar).

Sudah menjadi lumrah masyarakat kita, kanak-kanak cacat begini akan menjadi "bahan hiburan" bagi penduduknya. Usik-mengusik, tegur-menegur dan terburailah gelak ketawa buat penghibur hati mereka dan dia. Jika kanak-kanak sebegini "hilang" dari kampung, sudah tentu suatu kehilangan akan dirasakan oleh seluruh ahlinya.

Oh ya, saya ingin menyeru kepada semua rakan-rakan sebasikal saya. Di masa-masa hadapan, selain daripada objektif berbasikal seperti di atas, kita juga perlu perihatin kepada masyarakat setempat yang miskin, susah, sakit, cacat dan yang seumpama dengannya. Kita boleh buat sedikit kutipan dan memberi sedikit sumbangan. Diharapkan kayuhan kita juga akan bermakna dan bermenafaat kepada mereka.

1 comment:

Cat Cat said...

Saya amat sokong dengan seruan MBA itu. Syabas dan semoga berjaya!