Labels

Monday, May 07, 2007

SIARAN TERTUNDA DARI PWTC

RAMAI daripada kenalan saya, khususnya yang ada kaitan dengan PTS membuat lintas langsung dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC yang telah diadakan dari 27 April sehingga 6 Mei, yakni semalam. Maka saya berhasrat nak buat siaran tertunda pula.

Kali pertama saya pergi bersama isteri pada hari Selasa 1 Mei. Tiba di PWTC sekitar 11 pagi. Nasib baik masih ada tempat letak kereta yang masih kosong di Hentian Bas di sebelah PWTC tu. Ia adalah tempat parking favourite saya. (Teringat semasa bekerja di bangunan PERKIM pada akhir tahun 1980an dulu. Ada seorang kawan yang setiap hari meletak keretanya di situ dan kemudian berjalan kaki ke bangunan PERKIM. Apabila ditanya mengapa tidak meletak kereta di sekitar bangunan PERKIM sahaja?. Beliau menjawab "Duit aku tak mahu bagi kepada Mamak. Lebih baik bagi kepada DBKL dan mereka boleh bayar gaji Fandi Ahmad untuk main bola dengan lebih baik". Ha ha ha beliau adalah peminat Fandi).

Memasuki pesta buku kali ini, masyaallah ramainya orang.... ramainya peminat buku!. Kami terus naik ke tingkat dua dan tiga. Saja jalan-jalan dan singgah di berai PTS. Ya gerai yang paling sibuk sekali sepanjang pesta buku ini. Memang ramai pengunjung di sini. Banyak wajah-wajah yang familiar di booth ini. Jumpa beberapa orang editor dan staf di sini. Tegur menegur. Bertukar senyum. Bersalam (lelaki). Yang saya tak tegur (bila bertembung) adalah yang saya tidak kenal. Bila ditegur "MBA". Saya jawab "ya" dan senyum. Tapi memang confirm saya tak kenal. (Jangan marah. Yang saya kenalpun tak mahu sebut nama, takut salah)

Ia adalah simpton biasa orang tua. Dulu saya juga muda. Saya kenal dan ingat hampir semua wajah yang pernah saya jumpa. Kini, jika setakat jumpa gitu-gitu sahaja, confirm lupa. Sekali lagi jangan marah. Anda masih muda. Saya sudah ada simpton tua.

Di PTS beli juga buku, tetapi tidak banyak sebab susah nak pilih. Pergi bayar dan kemudian kami keluar dan buat urusan lain di Medan MARA.

"Dapat diskaun bang?".
"Dapat kot"
"Berapa?".
"Biasalah".

(Bila balik rumah tengok Alang Kelana dapat diskaun 35%, jelesnya... sebab saya cuma dapat diskaun 20% sahaja, macam orang lain).

Kali kedua kami pergi lagi semalam. 6 Mei. Sampai tepat 10am. Orang belum ramai. Pergi Alaf 21 dulu. Wow satu dewan dia punya sahaja. Mem beli beberapa buku. Saya beli satu. Intai-intai Sri Diah, confirm dia tak ada. Masih sibuk dengan Harian Sinar barangkali. Jika dia ada, dapatlah diskaun 35% barangkali. Mem jumpa pengarang pujaannya. Terus tangkap minta autograf. Saya tangkap gambarnya.

Kemudian kami naik ke atas. PTS lagi. Memang banyak lagi wajah familiar. Jumpa pengarang. Sahabat lama. Tak minat nak beli (jika dapat free memang nak). Mem kata "belilah bang, bagi kat anak kita". Sayapun ambil. Minta autograf. Kali ini beli banyak buku. Bayar. Dapat diskaun 30%. Macam orang lain juga. Dalam hati berkata "Mengapa orang lain yang kukenal boleh dapat 35%?". Lepas itu hati memujuk "Sabor aje ler".

Dialog suami isteri:-
"Puan Ainon tak datang hari ini?"
"Tidak agaknya. Yang kenal ke dengan dia?"
"Saya dah jumpa puan Ainon tahun 1980an lagi. Masih ingat lagi dia datang ke UiTM dulu bagi syarahan kat kami. Masa tu sibuk pasal profesionalisma ni lah. Pn. Ainon kata 'profesionalism' dan ism ism itu tidak ada maknanya".
"Oh ya ke.".


nota kaki:
Apakah perbezaan antara penulis wanita dan penulis lelaki?
- Penulis wanita akan cuba melayan peminatnya. Jika minta autograf tu, mesti tulis nama dan kata-kata semangat/hikmatnya.
- Penulis lelaki akan buat dono sahaja. Minta autografpun akan tandatangan buta sahaja, tanpa apa-apa iringan kata.

nota tangan:
Nota kaki di atas tu tidak semestinya benar untuk semua penulis.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara MBA

Apakah perbezaan antara penulis wanita dan penulis lelaki?
- Penulis wanita akan cuba melayan peminatnya. Jika minta autograf tu, mesti tulis nama dan kata-kata semangat/hikmatnya.
- Penulis lelaki akan buat dono sahaja. Minta autografpun akan tandatangan buta sahaja, tanpa apa-apa iringan kata.

terasa pedasnya sambal saudara..hehe. satu peringatan yang baik. InsyaAllah saya tak lupa.

mba2u said...

Bang Latip;

Saya memang suka tumbuk sambal, tapi untuk makan sendiri sahaja. Bukan untuk hidangan awam.

Jika terasa pedas tu, sudah memang sifat sambal, memang pedas. Jika orang lain rasapun tentu pedas juga. Sungguhpun begitu sambal saya tu bukan ditujukan kepada saudara.

Maaflah jika pedasnya masih terasa.

saridahamid said...

Assalamualaikum MBA,

Sekiranya saya berada di situ, sudah tentu saya akan izinkan gunakan akaun saya dapatlah MBA 35%.

MBA cepatlah hasilkan buku...boleh sama-sama kita bersaing tandatangan buku nanti! Hehehe!

mba2u said...

sdr Saridah;

Saya sedang menunggu proposal saya diluluskan oleh PTS. Saya sudah berjanji untuk siapkan penulisan buku saya dalam masa 30 hari sahaja selepas ia diluluskan (insyaallah).

:)

ez said...

Sdr MBA,
Selamat berkarya. Pesta Buku 2008 dapat potongan 35%

Anonymous said...

Salam MBA,
Tersenyum saya baca entri ini.
Sdr dapat 20% diskaun dan Sdr Alang dapat 35%. Saya pula dapat 100% diskaun, baik sungguh hati Sifu.