ADA kalanya kini saya terlalu sibuk.
Dulu saya percaya orang yang kata dia sibuk ialah kerana dia tidak tahu urus masa sendiri. Kini sudah kena atas batang hidung sendiri.
Namun saya rasa, semasa sibuklah kebanyakan manusia lebih produktif. Nah jika ada tidak berasa begitu, maknanya anda bukan manusia kebanyakan. Anda insan istimewa!.
Semasa sibuk saya lebih banyak dapat baca buku. Masa tidak sibuk biasanya tidak dapat, sebab janji-temu telah dirancang. Masa sibuk, saya banyak masa menunggu. Banyak masa mengejar-ngejar. Dalam masa menunggu dan mengejar ini ada kalanya saya boleh habiskan sebuah buku.
Sekarang saya ingin habiskan pembacaan sebuah buku semasa sibuk dari Kajang-Selayang-Putrajaya-KLIA-KT dan kembali.
Salam dari KT.
2 comments:
Fuh...terbalik pulak yek. Jika sibuk, mesti tak ada masa. Ini terbalik pulak.
boleh cuba try dulu untuk mempercayainya.
Post a Comment