Labels

Friday, May 18, 2007

MERDEKA DI PUNCAK FUJIYAMA

SEMPENA ulangtahun ke-50 Persahabatan Jepun-Malaysia 2007, myJICA akan mengadakan satu ekspedisi mendaki gunung Fuji pada hari merdeka. Semua dijemput turut serta. 28 Ogos - 2 Sept


Aturcara:

28/8 (Selasa): .

11:30pm Berlepas dari KLIA
29/8 (Rabu) . :

7:00am: Tiba di Narita
Bertolak ke Tokyo
Check-in hotel
Acara bebas di Tokyo

30/8 (Khamis) .
7:00am Check-out hotel
Bertolak ke Shinjuku
11:30am Tiba di Stesen 5 Fuji
12:30 PM Mula Mendaki
8:00pm: Tiba di stesen 8
11:00pm: Mendaki

31/8 (Jumaat) .

4:00am Tiba di Puncak
5:30am Turun
9:30am Tiba di Stesen 5
1:00pm Meninggalkan Fuji
Check-in hotel

1/9 (Sabtu) . .

Acara Bebas

2/9 (Ahad) .
8:00am: Check-out dan ke Narita
11:30am Berlepas Pulang

Kos: RM2995
Sila hubungi En. Azhar 019-2739390 untuk tempahan dan pertanyaan.


* Kos meliputi tambang kapalterbang, cukai lapangan terbang, insuran perjalanan, pengangkutan di Jepun dan Penginapan di Jepun (twin-sharing)

9 comments:

Abang Long said...

Saudara juga akan kesana ?

mba said...

Insyaallah saya juga akan ke sana dan mudah2an bos luluskan cuti. TAhun lepas saya juga sudah ke sana.

Bagi peserta yang ingin turut serta, tapi tidak mahu mendaki boleh juga mengikuti program ini dengan kos yang sama. Sesi lawatan di Jepun boleh diuruskan.

alang bidara said...

TUAN MBA,

Saya cadangkan satu program alternatif bagi mereka yang tidak berpeluang ke sana. Nama program laternatif ialah: SAMBUT MERDEKA DI BLOG FULIJAMI [:)].

Aturcara:
30/8/2007 -
2350 hrs - on PC
2355 hrs - masuk internet
2355 hrs - mula masuk blog Fulijami di URL http://fulijami.blogspot.com

2359 hrs - berhenti seketika untuk memerhati langit arah Stadium Bukit Jalil - tenguk show bunga api dan melaungkan "MERDEKA" sebanyak 3 kali

31/8/2007 - 0030 hrs sambung baca blog Fulijami dan membuat komen, baca link dan bersurai bila sudah mengantuk sangat.

Gitula Abe MBA, cadange alternatif ambo. :)

mba said...

Abe Alea;

Saya boleh buat live telecast pendakian tersebut ke blog saya (atau ke FULIJAMI) sekiranya ada sponsor yg boleh tampung bayaran SMS/ MMS.

Trip yang lepas saya kena bayar RM400 bil telefon kerana urusan sedemikian (suara & data sahaja, tanpa gambar).

Sri Diah said...

Salam MBA;
Nak ikut lagi boleh? Nak balas dendam tahun lalu... Memang dendam dengan stesen 8. Buat schedule naik turun Fujisan ikut cara kita, piraah dgn ranjer dan beg besar macam nak balik kampung tu .. myjica rest five minutes.... are your ready? Dan kalau ada peluang nak jumpa Inai di Tokyo. RM sendiri :-)

jahrera said...

Jelesnya...
Macamana saya nak tangkap kumpulan ini di Tokyo?
Seterusnya kita boleh daki bersama...

mba said...

Sri Diah:
HAsrat itu tersangatlah dialukan. Kecil TAsik Kawaguchi, Stesen 5 Mt. Fuji ditadahkan. Ini tahun kita akan bermalam di stesen 8. Mula mendaki 12.30pm. Kita akan sempoi sahaja, ikut selera sendiri.

P/s: Kali ini nak bawa PTS pula yg free ;-)

BTW jika nak jumpa Inai, barangkali Inai boleh sediakan penginapan sekali. Cuma bayar kita flight sahaja. Lagi murah. Kita juga nak jemput kedutaan Msia di Tokyo joint sekali.

mba said...

Harera;

Kita boleh jumpa di Shinjuku pada 30.8 jam 8am atau terus jumpa di stesen 5 Mt. Fuji 11:30am.

To be safe, U kena overnight kat Tokyo semalam. I rasa Inai boleh uruskan.

The Editor said...

Terima Kasih saudara MBA,

Sekarang saya bukan saja ada Di"lima". Dah Di"Enam" dan Di"Tujuh" dah tak tau nak pi mana. Mcam saudara, saya pun dah poning kepala.