Labels

Friday, May 11, 2007

TAN SRI SUZUKI





Tan Sri Kazumasa Suzuki, 74 tinggal di Malaysia semenjak 1968 apabila beliau dihantar ke Malaysia untuk bertugas dengan cawangan syarikat Jepun di Kuala Lumpur, Mitsui & Co. Limited.Beliu pengasas dan Presiden JACTIM (Dewan Perniagaan, Perdagangan dan Perindustrian Jepun di Malaysia).

Meninggal dunia Sabtu lepas akibat tumor kelenjar prostat selamat disemadikan di Tsukiji Honganji, Tokyo, kelmarin. Semasa upacara persemadian, cucu beliau telah membacakan surat dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah. Antara lain “Malaysia akan sentiasa mengenang beliau yang telah banyak menabur jasa sepanjang mengemudi beberapa syarikat Jepun dan memimpin Jactim di Malaysia. Suzuki yang merupakan sahabat rakyat Malaysia akan sentiasa diingati sebagai ahli perniagaan yang telah banyak membantu negara ini dalam bidang perindustrian.”

3 comments:

mba said...

Ahad 20 Mei: Upacara memperingati beliau akan diadakan di The Golden Horses Hotel dari jam 2pm - 4pm.

Semua dijemput hadir
(Biholehkah kita hadir}?

mba said...

(bolehkah kita hadir)?

c.fansuri reader said...

Salam MBA,
ada tertulis dlm hadis Sahih Bukhari tentang lawatan memperingati orang bukan Islam. Saya malas nak rujuk sekarang.

Dia dan isterinya pernah dtg tempat saya serombongan dgn x-pm Tun Mahathir beberapa thn lepas.

Ucapan kesedihan pada keluarga yg ditinggalkan beliau.