Labels

Thursday, May 03, 2007

KURSUS KARAOKE UNTUK PEGAWAI AWAM

PENGERUSI membacakan keputusan mesyuarat seperti berikut:

"Kerajaan telah menetapkan supaya 1% daripada emolumen diperuntukkan untuk latihan. Setiap pegawai dikehendaki menghadiri minima 7 hari kursus alam setahun".

"Bagi jabatan kita, saya telah putuskan supaya pegawai gred 54 dan JUSA perlu hadir kursus kewangan strategik, pemikiran strategik, pengurusan strategik, bla bla bla".

"Ada apa-apa bantahan?".

+"Tuan pengerusi. BOlehkah saya hadir kursus lain?"

-"kursus apa?".

+"Kursus karaoke. Saua nak pergi kursus karaoke selama 2 minggu, samada dalam atau luar negara".

-"Apa kena mengena karaoke dengan kerja dan bidang tugas awak?"

+"Ia berkaitan secara langsung dengan bidang tugas saya tuan. Hampir setiap bulan saya tuan hantar saya wakili tuan untuk hadir ke majlis dan jamuan rasmi samada dalam atau luar pejabat. Setiap kali ada jamuan makan, ia mesti dihidangkan dengan pakej karaoke. Saya gagal melaksanakan tugas saya tuan. Saya perlu hadir kursus".

-"Ah. Karaoke tak perlu kursus. Awak berlatih sendiri dalam bilik air. Nanti naik pentas awak baca saja senikata lagu. Cukup".

+"Bagi saya kursus kewangan tak perlu tuan. Saya dah 6 tahun kat kementerian kewangan, dah faham dah. Tuan memang tak perlu hadir kursus karaoke sebab tuan adalah seorang penyanyi, tetapi saya bukan. Saya perlu hadir kursus tuan".


ha ha ha. Kat mana ada kursus karaoke?.


Nota Kaki
Seorang menteri Republik Singapura pernah memuji-muji pegawai awam Malaysia kerana pandai bekerja. Yakni masa kerja mereka bekerja dan masa berhibur mereka berhibur. Pegawai2 Malaysia pandai menyanyi.... Sambil itu dia menyela pegawai awam negaranya yang hanya rajin bekerja dengan serius tetapi tidak pandai menyanyi.

Nah siapa kata kursus karaoke tidak boleh?

4 comments:

Ibnu Ariff said...

Rasanya ada kelas nyanyian di Amcorp Mall dan Ampang Point. Budget kerajaan boleh cover kursus macam ni ke?

mba said...

atas kepentingan perkhidmatan.... dan bersesuaian dengan bidang tugas. BOLEH!

Yang bernama Siti said...

Seorang rakan saya yang sering membawa pelanggannya, pegawai-pegawai daripada Putrajaya ke karaoke pernah menceritakan apa yang berlaku dalam sesi-sesi karaoke tersebut.

Jika saya bersuamikan pegawai kerajaan, mati hidup balik saya tak benarkan suami saya pergi berkaraoke setelah mendengar ceritanya.

Bukan dia sahaja yang bercerita kisah yang serupa, malah ada beberapa orang lagi yang sering meraikan pegawai-pegawai kerajaan berkaraoke juga menceritakan kisah yang hampir serupa.

Tak adakah cara lain untuk meraikan dan diraikan selain berkaraoke? Kerana apa yang berlaku dalam sesi tersebut memang menjelekkan sekali.

mba said...

pegawai kerajaan yang membiarkan dirinya dibawa oleh vendor apatah lagi meminta vedor membawa ke majlis karaoke atau yg seumpama dengannya memang mencari NAHAS