Labels

Tuesday, May 29, 2007

AKU - HERO ANTARA KITA



SAYA menghabiskan buku ini dalam masa yang singkat sahaja. Saya amat gemarkan buku-buku bibiografi, kisah hidup ataupun Jibunsyi. Buku ini memperkenalkan saya kepada pengarangnya. Pahit maung dan liku-liku kehidupan beliau.

Saya tidak berhasrat untuk berkongsi cerita tersebut kerana anda boleh baca sendiri. Apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang penggunaan "aku" dalam buku ini. Jika tidak salah hitungan saya, semua ganti nama penulis adalah dengan menggunakan "aku".

Secara peribadi, minda saya menganggap penggunaan aku adalah kasar, sombong, bongkak dan yang setara denagnnya. Semenjak kecil saya diasuh supaya jangan sekali-kali menggunakan perkataan aku. Namun aku adalah kata ganti nama yang paling lumrah. Paling senang. Kanak-kanak sebaya saya semuanya menggunakan perkataan aku. Nenek kata aku itu "hantu paku". Ustaz kata aku hanya Allah yang boleh gunakan. Emak kata aku itu untuk anak yang kurang ajar. Cikgu juga marah bila anak muridnya menggunakan perkataan aku.

Kata mereka. "gunakanlah ganti nama lain seperti saya, kita, hamba, kami, nama sendiri dan sebagainya. Ia lebih lembut. Lebih manja".

Walau bagaimanapun budaya kita berbeza. Tidak serupa. Barangkali di Melaka, penggunaan aku adalah biasa. Kata sahabat saya "jika orang Melaka tidak menyumpah-nyumpah sahabat lamanya, itu menandakan mereka bukan bersahabat".

"cis celaka engkau. Awau lahabau. Hidup lagi engkau. Aku ingat engkau dah mampus". Itu adalah kata puji-pujian orang Melaka bila bertemu sahabatnya, khususnya yang dal lama tidak berjumpa.

Betul ke?. Wallahualam.

8 comments:

c.fansuri reader said...

"cis celaka engkau. Awau lahabau. Hidup lagi engkau. Aku ingat engkau dah mampus"...aku masih orghang molako heh, heh, heh!

mba said...

;-)

Anonymous said...

"Menatang ni, aku tempeleng kang" (menatang = binatang)

"Orang btina memang macam tu" (btina= alias betina alias perempuang)

"Orang jantang kat kampung kita semua baik-baik" (jantan pun baik ker?)

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

"cis celaka engkau. Awau lahabau. Hidup lagi engkau. Aku ingat engkau dah mampus". Itu adalah kata puji-pujian orang Melaka bila bertemu sahabatnya, khususnya yang dal lama tidak berjumpa.

Saya selaku anak Melaka mengesahkan kata-kata TUan MBA dalam penggunaan ayat di atas.

Mmm berkenaan perkataan aku, saya dahulu banayak menggunakan di blog. Kini sudah tidak ada lagi dalam entri-entri terbaru.

Jika di Melaka, memang selalu terlepas. 10 orang bercakap lawan 1 mana boleh menang Tuan MBA

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Mmm pembetulan perkataan betina tidak digunakan dalam perbualan orang Melaka. Biasanya, perempuan (dengan perkataan itu ditekankan) harap maklum

zalisamaz said...

Bekas kak ipar saya orang melaka, jadi mmg biasa mendengar perkataan/ ayat itu yang pada saya kurang manis. Walaubagaimnapun itu kebiasaan mereka :D

Seorang kawan org NS tetapi sudah lama tinggal di Sabah, anaknya membahasakan dirinya aku. Pertama kali saya mendengarnya tersentap jantung. Tetapi apabila dia berkata itu adalah perkara biasa di Sabah saya senyap sahajalah :)

Abu Marwan said...

Tuan MBA,

Dalam berdoa, kita banyak guna perkataan 'aku'. Jarang sekali dengar orang berdoa guna 'saya'. Guru saya kata itu adalah kerana pengaruh dari guru agama dulu-dulu yang ramainya berasal dari semenanjung tanah Jawa @ Jerman. Ya ke?

Anonymous said...

Saudara MBA, penggunaan bahasa kasar seperti itu sudah banyak berkurangan dimalkan oleh generasi baru dan yang telah lama berhijrah ke luar Melaka. Ianya melambangkan keakraban, kemesraan dan gurau senda sahaja (warm), bukan bermaksud menghina atau mencaci. Kalau saudara mempunyai kawan orang melaka mungkin dapat merasakan betapa mudahnya orang melaka berkawan dan mereka akan bercerita habis tanpa diminta seperti telah kenal lama. Bagi orang negeri-negeri lain mungkin ini pelik, tapi tidak bagi orang melaka mancam saya.