Labels

Thursday, May 31, 2007

PERKHIDMATAN KERAJAAN BAGUS?

"Sebenarnya perkhidmatan kerajaan adalah lebih baik daripada swasta. Walau bagaimanapun ada kalanya ia agak tersasar sedikit kerana bilangan pelanggan yang terlalu ramai. Inilah yang dipertikaikan ....." Petikan (lebih kurang) ruangan Bersama Ketua Pengarah MAMPU di radio.

PAGI tadi saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)menemani anak saya yang kehilangan myKAD. 7.30am sampai. Belum sempat saya duduk di kerusi anak saya sudah datang dan dia sudah memperolehi myKAD barunya.

Sebenarnya semalam dah datang buat myKAD baru tu. Ia siap pada hari yang sama. Namun tidak mahu tunggu, datang sahaja pagi tadi.

TAMAT.

LEPAS balik dari JPN daya ke Hospital Selayang. JAm 9am. Buat pendaftaran. Serah GL. Ke kaunter klinik pakar. Buat pendaftaran. Dapat Nombor 16.

Tanya misi di kaunter. "Pukul berapa boleh jumpa doktor?".
Dia jawab. "Tak tahu. Doktor belum sampai. Duduk dulu, nanti kita panggil".

Kitapun duduklah. Tak panggil-panggil. Jam 12pm. pergi ke kaunter lagi. "Ini bila boleh jumpa doktor?".

Misi jawab. "Ini kena tanya bilik sana. Dekat pokok sana".
"OKlah"

Pergi dekat pokok dan tanya misi (bukan tanya pokok). Bila boleh jumpa doktor? (nak balik ofis sebab ada meeting jam 2pm).

"Entah. Tak ada nombor ini. Siapa ambil nombor ini ooii..." Dia berteriak pada kawan-kawan dia.

"Tak apalah, Encik Keluar dulu, nanti kita panggil".

Hati dah panasdah. Pergi ke kaunter tadi. "Kat sana kata nombor ni tak wujud".

"OK apa nama?. BAwa IC nak tengok".

"Nak IC saja?. Nah ini IC. Ini Kad Kementerian. Ini kad staff. Nak kad apa lagi?".

Gedegung gedegang gedegung gedegang.

Akhirnya dipanggil. Encik duduk sini dulu ya.

(Sambil tu mulut becok misi-misi ni mulalah mengumpat. Lain kali akan kubawa alat perakam untuk kuserahkan kepada pengarah korang). Ingat tu ya!.

Tunggu lagi.

Tunggu lagi.

Akhirnya dipanggil masuk jumpa doktor.

"Awak ada makan ubat ke tidak ni?. Hanya ada 2 kemungkinan sahaja. Pertama awak tak makan ubat, kedua penyakit awak semakin teruk".

"Oops yang kedua tu Doktor. Saya selalu lupa makan ubat".

"Dahlah yang ini semakin teruk. Tekanan darahpun semakin tinggi".

"Saya HOT doktor. Saya datang 9am. Sekarang dah 1pm. Sebab itu darah saya panas!!".

"Itu dah kira nasib baik. Ada orang jam 4pm baru dapat masuk bilik rawatan".

"Apa tidaknya. Sekarang jam 1pm. Belum ambil ubat lagi. Siap ambil ubat jam 3pm ni!"

"Doktor, macamana kalau saya mau pindah hospital?. Saya mau ke hospital xxx pulak".

"Oh itu senang saja. Aku sains ini surat, semua selesai. Mahu ke?".

"YA mahu. Sekarang juga".

"Baiklah".

.............

Mengapa doktor tidak berada di bilik pada waktu temujanji telah dijadualkan?.

A. Cuti sekolah. Doktor cuti
B. Doktor juga manusia, biasalah tu.
C. Doktor dekat wad. Round pesakit. Jangan tipu!
D. Doktor buat lokum kat hospital swasta.
E. Doktor stand-by. On-call mau tipu lagi?
F. ........... Isikan tempat kosong

Nota:
1.Oleh kerana nak balik cepat sebab ada meeting kat ofis. Ubatpun saya tak ambil. Pesan pada kawan saja. Ambil lain kali.

2. Saya ingat kes begini saya perlu buat kertas terperinci untuk tindakan orang atasan sana.

7 comments:

Anonymous said...

Saya pun alami situasi ni hari ni, mula2 call dengan jabatan pencen, JPA, pastu dengan KWSP. Lembab, tak mesra pengguna dan line disambut oleh suara mesin perakam.

Rasa macam nak terjah jer pejabat2 tu semua macam karam Singh buat! Tapi boleh berubahker?

mba2u said...

beruban tetap beruban
Oops!. berubah!

mba2u said...

"Oh itu senang saja. Aku sains ini surat, semua selesai. Mahu ke?".

+ Dr. Orang Sabah ke?.

- Dengar cakappun dah tau bah!. Saya orang Sabah.

:)

Anonymous said...

last week pegi pergi Pejabat kerajaan kat KL. Ada appointment ngan klinik kat situ..

Nurse & Dr kat situ baik2 n ramah. Sejuk hati nak wat urusan. Lepas habis urusan pegi la cafe nak breakfast.. dlm pukul 9 lebih. Masuk cafe terkejut sbb ramai staff yg pakai batch keja ngan k'jaan still dok lepak2 minum & isap rokok... Tak tahu la bila diorg nak start keja.. Sepatutnya ngan kenaikan gaji nie diorg patut lebih accountable lam bekerja.

mba2u said...

Kerja dibayar gaji 8am - 5pm. Jika kerja lebih masa, claim overtime. Jika kerja tak cukup masa dan masih ambil gaji penuh, yg selebihnya kenalah dibayar di akhirat nanti.

Azurah Anuar said...

mesti tension kanmba.

saya pegawai kerajaan juga.

dah 4 tahun tp masih tak boleh terima cara mereka (segintir)bekerja.

masa bulan ke-8 mengadungkan anak kedua , saya pindah office. pergi check up bulanan di daerah baru adalah perkara yg menyesakkan fikiran.

tgk misi ramai, tp entah kenapa lambat juga perkhidmatannya.

sengaja dtg sebelum pukul 8, konon2 dapat cepat, tapi sejam sebelum lunch baru dpt layanan.

aduhai, hati dah menangis-nangis waktu tuh.

nasib baik sempat cek sekali je sbb lepas tuh dah bersalin.

tp bukan semua. ada pegawai kerajaan yg deserve kenaikan gaji ni.

Berisman said...

Kalau pegawai kanan macam MBA dilayan sebegitu,apa hal dengan saya yg tiada jawatan dan dah tua ni?

I am very pessimistic for any change to take place for the better.