Labels

Monday, May 21, 2007

PAYUNG BERDIRI

KLIK SINI




PERNAHKAH anda melihat payung berdiri sendiri?. Ini ialah satu inovatif dari Jepun. Katanya sebahagian besar dari masa sebuah payung adalah berdiri sedemikian. Apabila hujan barulah ia dijunjung. Namun hujan tidak kerap. Jadi direkalah payung berkaki tiga ini.

Apakah penjodoh bilangan kepada payung?. Sekaki payung. Sekarang, oleh kerana payung dah ada tiga kaki, penjodoh tersebut sudah tidak wajar lagi kot.

4 comments:

Nida Shaari said...

comel je.. macam kaki ayam..

mungkin boleh juga disebut sekaki - tapi ada 3 jari..

Abang Long said...

"setiga jari payung" ...

zizie ali said...

rasanya penjodoh bilangan 'sekaki' unt payung hanya digunakan dalam penulisan. tidak dalam perbualan harian.

"Saya ada tiga payung" bukan "saya ada tiga kaki payung"

"Tokey..saya mahu beli empat kaki payung"

"Haiya...payung mana ada kaki ahhh..itu ayam ada kakilah. sup kaki ayam sedap ooo.."

Anonymous said...

Dulu-dulu depa apabila tidak digunakan depa pegang kepada payung dan letak di atas kaki. Jadi itulah nama sekali payung

TAK GITU