Labels

Saturday, February 17, 2007

PENGALAMAN BARU

SEMALAM berlangsunglah mesyuarat agung ke-18 PERJASA. Sebagai Timbalan Presiden, saya telah membuat kerja yang di luar kebiasaan. Di luar batas protokol. Di luar dari pemikiran biasa orang biasa.

Semalam saya telah menjaja sebanyak dua puluh buah buku dengan dua judul yang berbeza. Ia itu Information Systems and Executives' role dan Managing ICT Organization. Saya bukannya menjual, tetapi menjaja.

Pada asalnya buku-buku tersebut dipamerkan sahaja untuk dijual, namun tiada yang berminat untuk memberikan perhatian terhadapnya. Lagipun buku-buku tersebut saya yang punya (saya bukan penulisnya).

Apa strategi yang boleh digunapakai untuk melariskan buku?. Pujuk rayu. Godaan. Paksaan. Menangguk di air keruh. Pengaruhi orang lain. Macam-macam kaedah saya lakukan sehingga kesemua buku tersebut bahis terjual. Oh ya, tidak lupa juga saya berdoa di dalam hati semoga semuanya laku.

"Cik adik ni dah lulus PTK ke?"
"Belu lagi, mengapa?".
"Ini ada sebuah buku yang baru diterbitkan. Ia dapat membantu adik untuk menjawab soalan PTK. Semua jawapan ada dalam buku ini (jika ditanya). Betul dik, semua jawapan memang ada di sini, cuma soalannya saja yang tidak ada dan kita tak tahu. Buku ini harganya RM20 sahaja:".
"OK saya beli satu. Ini RM20".
"Terima kasih, saya jual buku ini ya. Mudah-mudahan lulus PTK".

"Cik Puan dah lulus PTK kan?. Ini ada sebuah buku yang bagus untuk bacaan kita, untuk meningkatkan profesyen".
"alaa... saya dah lama lulus PTK, tak payah baca buku-buku macam ni"
"Cik Puan dah lulus PTK 6, tetapi buku ini sesuai untuk PTK 7 dan PTK 8. Belilah satu, cuma RM20 saja". (Sebenarnya PTK 7 dan 8 memang tak wujud)
"oh ya ke?. Tapi saya tak ada duit kecillah, kad kredit boleh?".
"Kad kreditpun boleh, tapi puan kena beli sehingga RM100 jika ingin guna kad kredit" (saja melawak).

"Tuan Haji, ini ada sebuah buku terbaru. Masakan Haji tak mahu beli, HAji kenal siapa penulisnya bukan?".
"Oh inilah bukunya ya?. Ok ini RM20 saya memang dah lama nak beli".

"Bang!, nak beli buku?. Harganya cuma RM20 sahaja. Kandungannya bagus. Lihat percuma".

Akhirnya kesemua buku tersebut habis dijual sebelum Mesyuarat Agung bermula. Saya lega. Alhamdulillah. Namun, saya amat yakin bahawa kerja sebagai seorang jurujual teramatlah susah. Jurujual perlu muka tebal, tahan diejek, boleh terima kritikan dan cemuhan dan segala macam cabaran.

4 comments:

Amiene Rev said...

alhamdulillah. habis dijual.

Imran Yusuf said...

Alhamdulillah dan Tahniah Tuan MBA, para jurujual memang terdiri dari kalangan mereka yang istimewa...

kakngah said...

ada dyslexia ke?
boleh geng ni hehe..

....tersebut bahis terjual

mba2u said...

Angah

Baranglali itulah tanda2nya