Labels

Friday, February 16, 2007

IKUT-IKUTAN

ORANG nombor satu kata modal insan.
Bersahut-sahutan modal insan, modal insan, modal insan
di seluruh pelusuk negara.

Orang nombor satu kata
hapuskan rasuah!
rasuah hapus rasuah hapus rasuah
segenap pelusuk negara
dari kota ke desa
dari hutan ke rimba
berukpun terpinga

Orang nombor satu sebut
sistem penyampaian
maka gegak gempita
perkataan sama bergema

Faham ke apa yang dikata
Ingat ke apa yang diucap

modal apa? modal teroka
hapus apa? hapus modal
sistem apa? sistem ikut-ikutan

2 comments:

Berisman said...

Ini satu contoh budaya teater...amat popular dikalangan bangsa kita:-(

K@ssim Sel@m@t said...

Inilah budaya orang melayu 'angguk angguk, geleng geleng' mengangguk walaupun tidak faham apa yang dianggukkan....menggeleng-geleng walaupun setuju dengan yang diperkatakan.

Angguk dan geleng demi menjaga periuk nasi.