Labels

Sunday, February 04, 2007

JOM MELAWAT JEPUN

SEMASA cuti sekolah nanti, jom bawa keluarga dan anak-anak anda melawat Universal Studion (Osaka) dan Disneyland/Disneysea (Tokyo).



Cuma RM2,678 sahaja untuk anak anda dan RM4,368 untuk anda selama 7HARI/ 5MALAM di Jepun. Ia termasuk tambang, penginapan dan makan-minum.

Tarikh: 11 Mac (Ahad) - 17 Mac (Sabtu)
Inilah itinarinya:-

Day 01 Bertolak KUL / Kansai

Day 02
Tiba di Kansai airport. Berhenti utk membeli kopi/teh + roti. Bertolak ke Kobe.
Melawat Masjid Kobe. Makan tengahari. Shopping di daerah Kobe Harborland.
Naik bullet train (Shinkansen) dari Kobe ke Osaka. Check in hotel. ( Makan malam ) ( D )

Day 03
Sarapan di hotel. Terus ke Universal Studio Japan. Makan malam. Balik ke hotel. (B,D)

Day 04
Sarapan di hotel. Terus ke airport Itami utk penerbangan ke Haneda. Tiba di Haneda, terus ke Mt Fuji 5th Station. Melawat hot spring. Makan tengahari. Check in Ryokan. Makan Malam. ( B,L,D)

Day 05
Sarapan di hotel. Bergerak ke Tokyo - shopping. Makan tengahari. Lawatan sekitar Tokyo dan shopping di Tama City*** ( lebih kurang macam tu la bunyinya). Makan malam. Check in hotel. ( B,L,D)

Day 06
Sarapan di hotel. Disneyland. Makan malam. Check in hotel. ( B,D)

Day 07
Sarapan di hotel. Bertolak ke airport. (B) Narita / KUL

* Hanya untuk 20 orang sahaja. Berminat?. Hubungilah saya.

9 comments:

Anonymous said...

Salam MBA

Nak tanya...

1. Kos tu masuk harga tiket2 yang sewaktu dengannya sekali ker? i.e. Universal Studio/ Bullet train/ Disneyland.

2. Kalau ramai ble dapat diskaun? ;-)

mba2u said...

Salam Anony;

1. Hmmm

2. Bukan takat diskaun, jika dapat 20 orang, kita bagi FREE sorang
(2 kanak2 kira 1 dewasa)

Anonymous said...

When you have no ideas more, to make an extra income, you can start with our internet make money / make money online, to earn money from internet and work at home.Here is many sites for tutorial and how to create website for make money online. Actualy many idea for make money on internet, Here we give you tips and trick making money online.Find out how to build a successful home business using your computer working from home. Start making money and a regular income from internet and other online actions. It's easier than you think, and we can show you how. Find out more....
Easy to Make Money Online

Anonymous said...

dah penuh ker ahli rombongannya? pasti ke makanan2 kat hotel dan bagai2 tuh halal. setahu saya banyak yang subahah. sebab ni kira bukan darurat tapi saja nak melancong. kalau darurat sekali pun jika antara hidup atau mati. maklum la, anak2 kita lebih bertanya dan mereka ini perlu diasuh dengan Islam yg syumul .. bukan Islam hadhari (had sana boleh had sinun pun taram)

mba2u said...

1. Ahli rombongan belum penuh lagi.

2. Dari segi HALAL, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Untuk makluman, kat Jepun juga ada masyarakat Islam, mereka juga ada imam, ada masjid dan ada Council. Dalam penentuan halal ini saya YAKIN ia jauh lebih baik berbanding dengan status halal yang dibuat oleh orang kafir di Malaysia. Saya pernah jumpa dengan seorang Islam dari Jabatan Kesihatan di Malaysia yang bertugas di Bahagian Keselamatan Makanan yg membuat kajian halal-haram makanan yg disajikan oleh company Jepun. Beliau bukan ustazah, jadi dia tak dapat beri sijil halal, tetapi dia YAKIN halalnya sebab catering islamic food untuk JAL misalnya mempunyai dapur, tukang masak, peti ais dan semua yg berasingan drp sajian biasa.

3. Rombongan kami tidak makan sajian hotel (Mahal), kecuali breakfast (U have many choices of fruits for example). Kita ambil bento dari rakyat Malaysia berbangsa Melayu berugama Islam yg tinggal di Jepun. Jika di Kobe tu, dia tinggal dekat dgn masjid Kobe, contohnya.

4. Setakat ini saya yakin, tetapi tidaklah mahu memberi jaminan, sebab hanya Allah yg maha mengetahui.

Wallahualam.

Anonymous said...

Aku teruja. Rasa macam nak balik kampung. Ha ha.

Termasuk tambang shinkasen juga ke?

SINAGANAGA

mba2u said...

termasuk tambang shinkansen

Anonymous said...

Saudara MBA-San,
1. B, L, D dalam kurungan tu maksud apa?
2. Akahibara masuk dalam program?

mba2u said...

1. Breakfast, Lunch, Dinner

2. Akihabara termasuk dalam Free & Easy