Labels

Tuesday, February 20, 2007

JENAB

JENAB ialah seorang janda. Anak Jenab dua orang. Seorang nama Junid yang tua setahun dari aku. Seorang lagi aku dah lupa namanya, lebih muda dari aku. Jenab meninggalkan kedua-dua anaknya dengan ibu-bapanya untuk bekerja di Singapura. Entah apa kerja Jenab, tidak ada yang tahu. Ada yang kata Jenab kerja di kelab malam. Ada yang kata Jenab kerja di hotel. Adapun kerja di hotel adalah haram pada masa itu. Ataupun sekurang-kurangnya ia tersangatlah aib.

Setelah bertahun-tahun di Singapura, Jenab pulang ke kampung kami. Kata orang sekarang Jenab pulang for good. Seisi kampung gempar. Jenab yang rekod persekolahannya entah di mana, tiba-tiba bila balik dari Singapura dia sudah boleh bercakap Orang Putih.

"Dah soheh Jenab minum arak. Air kencing syaitan itulah yang membuatkan lidah Jenab jadi boleh cakap orang Putih. Maklumlah, dia kerja kat hotel, sudah tentu dia minum. JIka tidakpun sudah tentu dia sudah masuk ugama Kristian, sebab itu dia boleh cakap orang Putih". Itulah suara-suara yang aku dengar dari orang kampung.

Sekian.

Anak anda lemah dalam sains dan matematik?
Petua Jenab mujarab?.

5 comments:

abdullahjones said...

mba, saya teringat lagu dikir barat cerita jenab yang terkenal lama dahulu.

eh! orang kampung mana yang dharakk sangat tu?

mba said...

AJ;

KAmpung tu kira-kira sepetanak nasi dengan kg nasi dingin dan kg air neleh

;-)

zino said...

bahasa ni kena bercakap.. bukan tau teori je.. banyak kelebihan kalau tau banyak bahasa..

Yang bernama Siti said...

Macam biasa dengar je cerita seakan-akan cerita Jenab. Masa di sekolah rendah pernah orang meludah bila berselisih dengan saya sambil mengatakan saya akan menjadi kafir kerana bersekolah cina.

okinawa said...

Kasihan Jenab sebab pandai cakap orang putih.