Labels

Sunday, February 18, 2007

GONG XI FA CAI

DULU ia disebut Kong Hi Fatt Choy, kini dengan sistem ejaan baru, ia dipanggil Gong Xi Fa Cai pula.

Hari ini bertepatan dengan Hari Raya Cina ini, hujan lebat mencurah-curah di tempat saya. Ia mengingatkan saya semasa zaman kanak-kanak dulu. Jika di musim Raya Cina, mesti hujan lebat. Mengapa begitu?. Makcik saya kata ini adalah kerana orang-orang Cina suka berkurung semasa hari raya mereka. Mereka berkurung dalam rumah untuk main judi atau mahjong. Itu cerita dulu-dulu. Kini hujan ribut, kemarau dan sebaginya tidak lagi mengikut perayaan sedemikian.

Namun sejak dulu-dulu juga, di musim tahun baru Cina ini memang tidak lekang dengan buah limau dan kuih bakul. Orang Cina berdekatan dengan kampung saya akan mengupah makcik-makcik Melayu untuk membuat kuih bakul. Ia bertujuan untuk mempastikan halalnya kerana kuih bakul ini akan dibahagi-bahagikan kepada orang Melayu yang merupakan pelanggan kedai mereka.

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Cina kepada semua pembaca berbangsa Cina. Ucapan khusus buat saudara Fang yang berada di Xi'an China. Beliau adalah orang kuat partai di Xi'an dan moga-moga anda akan menjadi orang besar di negara anda suatu hari nanti.

No comments: