|
ikan kerapu laut berair masin aku merapu |
HARI ni saja-saja nak merapu saja. Sebabnya sudah kehilangan mood. Cerita pasal mood ni, teringat kepada seorang kawan saya di Sekolah Alam Shah dulu. Katanya dalam Malaysia ni tidak ramai orang yang ada mood, kecuali dia sahaja yang sentiasa ada mood. Sebabnya?. Nama dia memang mood, iaiatu Che Mood. Lepas sekolah tak pernah jumpa-jumpa lagi, entah ke mana kini agaknya.
Di sekolah yang sama juga ada kawan saya yang namanya ialah Sayang. Dia kurang selesa apabila murid-murid lain asyik melaung-laungkan nama SAYANG!. Cikgu ada mengesyorkan supaya nama tersebut ditukar, namun katanya dia malaslah nak berurusan dengan pihak-pihak tertentu, apatah lagi nama tu diberikan oleh orang tuanya.
Masa saya tinggal di asrama kat YPM (belajar kat UKM, tapi tinggal di asrama bersama pelajar UM), ada lagi penuntut yang namanya ialah Manja. Nama ini juga unik, namun ada beberapa orang lagi yang mempunyai nama sedemikian kan?.
No comments:
Post a Comment