Labels

Saturday, September 25, 2004

LAGI DIALOG YANG BIASA KITA DENGAR



nota tercatat
temujanji nan palsu
hidup berdosa

TEMUJANJI yang tercatat pada kad ialah pada jam 9:30am dan pendaftaran hendaklah dibuat sejam sebelum masa temujanji. Sesudah nombor giliran dipanggil, inilah dialog yang sudah biasa kita dengar:

staf: Encik pergilah minum dulu sebab XXXX belum datang lagi.

pelanggan: Tak apalah, saya dah minum. Lagipun temujanji jam 9:30am, sekarang baru 9am. Tunggu setengah jam tu biasalah.

staf: Baiklah encik. Tiba giliran nanti kita akan panggil. Ada sembilan orang lagi di depan encik.

Setelah dua jam menunggu, pelanggan yang pertamapun belum dipanggil. Apa akan jadi dengan yang bernombor 40?. Mengapa sampai 40 orang dibuatnya temujanji?. Mengapa datang lambat jika ada temujanji?. Alahai ... XXXX manusia juga. Dia mungkin sakit. Dia mungkin ada masalah. Dia kan manusia biasa macam kita juga. Aki cuba memujuk Aku.
Setelah tiga jam menunggu, staf datang dan beritahu XXXX pergi kursus dan boleh tak jumpa YYYY?.

Itulah mutu perkhidmatan pelanggan awam di negara kita.

No comments: