Labels

Monday, September 20, 2004

JANTUNG BERLUBANG




jantung berdenyut
darah merah mengalir
pengisi jiwa

DOKTOR telah mengesahkan yang anak anda menghidap penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan pakar. Apa perasaan anda sebagai ibu bapa?. Di mana akan dicari duit puluhan ribu untuk rawatan?. Selamatkah anak anda jika dirawat? Apa akan jadi jika tidak sempat mendapat rawatan?.

Jika dulu-dulu, penyakit jantung berlubang ini merupakan suatu penyakit serius yang sukar untuk diubati dan banyak membawa maut. Namun kini sejajar dengan perkembangan teknologi, doktor hanya tersenyum sahaja jika mendapati pesakitnya menghidapi penyakit sedemikian. Ini simple sahaja, tidak perlukan pembedahan, kita cuma potong sikit saja, kemudian masukkan tiub dalam jantung untuk tutup lubang tersebut dan biarkan dia di situ. Senang saja, tidak banyak masalah dan insyaallah selamat.

Pengalaman ke IJN kerana menemani anak saudara berusia 4 tahun hari ini telah memperlihatkan betapa ramainya kanak-kanak sebayanya yang berpenyakit sedemikian. Namun IJN telah menemui kaedah baru rawatan tanpa pembedahan. Kini satu kaedah yang canggih telah diperkenalkan bagi merawat pesakit jantung berlubang terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kaedah yang dikenali sebagai transcatheter technique atau rawatan secara transkateter (tiub) adalah rawatan jantung berlubang tanpa perlu melakukan pembedahan. Institut Jantung Negara (IJN) telah mempraktikkan kaedah ini sejak tahun 1997 lagi dan sehingga kini lebih 230 kes telah berjaya dirawat....

No comments: