Labels

Wednesday, September 08, 2004

KEDAI ISLAM JUAL ARAK

HARI ini saya berhasrat untuk melulis mengenai arak. Sambil belek-belek nak cari satu dua hadis mengenai pengharaman arak, saya jumpa laman ini yang saya rasa begitu bagus untuk dikongsi. Selapas dibaca, apa pandangan anda mengenainya?

Beberapa tahun lalu ... pada suatu malam .. jika tidak silap ingatan saya ianya adalah Sabtu malam Ahad kira-kira pukul 9:30 malam ... saya membeli akhbar Sunday Mail di Kedai Seven Eleven. Ketika saya keluar kedai ... di luar pintu saya lihat seorang pemuda bukan Melayu yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah Australian dan Muslim .. saya lihat sedang merungut-rungut seorang diri.Apabila saya bertanya mengenai masalah yang dihadapinya ... dia dengan wajah sedih bercampur marah memberitahu ... bahawa dalam kedai Seven Eleven ini ada menjual Arak ... dia baru lihat seorang bukan Muslim membeli beberapa botol Arak ... apa yang disedihkannya dan menimbuklan kemarahannya adalah ... pekerja kaunter berkenaan adalah seorang Gadis Muslim!

Antaranya dia berkata ... bahawa sebagai Muallaf .. baru memelok Islam beberapa tahun ... pun dia tahu bahawa bekerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak ... kadang-kadang terpaksa pula menyusun botol-botol Arak ... kadang-kadang memasukkan botol-botol arak dalam bag plastik ... ini semua subahat ... dan pendapatannya adalah haram ... dia tidak faham mengapa seorang Gadis Muslim boleh bekerja dalam keadaan sedemikian ... takkan sebagai Gadis Muslim yang memang sudah Islam sejak lahir dan belajar Agama di Sekolah Rendah & SekolahMenengah tidak tahu hukum berkenaan ... di mana kawan-kawannya? Di mana ibu bapa dan sanak saudaranya? Di mana orang-orang Muslim .. tidak adakah sesiapa yang memberitahunya? Kemudian dia memberitahu .. bila dia memaklumkan kepada Gadis Muslim tersebut sebentar tadi ... Gadis tersebut hanya tersenyum sambil berkata "Asalkan saya tak minum tak apalah! Saya terpaksa kerja di Seven Eleven ini kerana terpaksa untuk bantu keluarga!" Ayat itulah yang menyebabkannya berasa begitu sedih dan kecewa ... dan merungut- rungut depan kedai!

Dengan nada sedih bercampur marah dia berkata kepada saya "Jika seorang Gadis Muslim dalam negara Muslim sanggup bekerja di Kedai yang menjual Arak .. bagaimana kalau dia berada di negara saya Australia .. sebuah negara Kafir ... penduduknya pun Kafir ... apakah dia akan sanggup pula menjual kehormatannya dengan alasan terpaksa?" Dia menyambung lagi "Saya fikir ada lebih baik dia beli kuali dan jual goreng pisang tepi jalan ... kerja itu jauh lebih mulia dari dia kerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak"! Dia menyambung lagi "Tidakkah dia tahu bahawa Allaah SWT itu ada! Bukankah Allaah SWT yang mengurniakan rezeki! Apakah dia masih belum yakin bahawa Allaah SWT akan sentiasa membantu hamba-hamba yang taat kepadaNya?" Di akhir perbualan kami saling berpesan untuk berdoa semoga Allaah SWT mengurniakan setiap Muslim dan Muslimah kefahaman Agama dan kekuatan untuk beramal dengan Ahkam Agama Islam yang murni ini. Semoga kisah yang pernah saya sendiri lalui ini sedikit sebanyaknya memberi manafaat kepada kita semua.

No comments: