Labels

Tuesday, September 07, 2004

JAVA


DUNIA komputer atau IT atau ICT kini dilanda oleh demam Java. Di sana Java, di sini Java. Java boleh diperolehi dalam PC, telefon, PDA, myKAD dan apa sahaja benda yang mempunyai chip. Demam Java dalam dunia pengkomputeran ini ala-ala demam Akademi Fantasia dalam masyarakat yang baru sahaja berakhir.

Apakah sebenarnya Java?. Apa kelebihan Java?. Mengapa perlukan Java?. Adakah Java sama dengan Jawa?

Java (dengan J huruf besar) juga dikenali dengan Java Panas (HotJava)adalah satu bahasa pengaturcaraan komputer. Ia dikategorikan sebagai bahasa pengaturcaraan orientasi objek atau OO (Object Oriented). Asalnya Java ini dihasilkan oleh syarikat Sun Microsystem. Kini Java boleh digunakan di pelbagai platfom komputer. Nama Java ini bukanlah berasal dari Jawa (yang dieja Java oleh Inggeris). Konon ceritanya nama ini diambil daripada sejenis kopi, Java. Alunan asap kopi Java ini telah menarik minat sekumpulan programmer yang kononnya sedang berbincang mengenai kehebatan program baru tersebut, lantas diberi nama Java. Wallahualam.

Demam Java yang melanda ini membuatkan sebarang aplikasi baru yang ingin dibangunkan, maka Javalah pilihanya. Kadang-kadang tanpa memikirkan buruk-baik atau kelebihan atau kekurangannya, Java tetap menjadi pilihan. Walau apapun kehebatan Java ini, lagilah hebat untuk dikongsi bersama bahawasanya di Malaysia negara kita ini, boleh dikatakan tidak ada Java Programmer. Hampir kesemua programmer ini diimport dari India. Itulah hakikatnya.

No comments: