Labels

Monday, September 06, 2004

H2O


AIR atau H2O adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan. Ia diperlukan oleh badan manusia untuk meneruskan kehidupan. Selain daripada teh dan kopi, minuman yang paling digemari suatu masa dulu ialah air mati atau dikenali juga sebagai air kosong. Harganya amat murah sekali ataupun hampir-hampir tiada harga langsung. Jika seseorang ke restoran atau kedai makan, jika memesan air kosong sahaja maka pelbagai pertanyaan terkumpul dalam kepala yang melihatnya seperti kedekut? sakit? tidak berduit? dan ...

Namun status air mati atau air kosong ini telah dinaiktaraf setelah timbulnya apa yang dikenali sebagai air mineral dan adik-beradiknya seperti air suling, air osmosis, air minuman dan banyak lagi. Malahan harga air mineral telah jauh lebih mahal daripada air-air minuman ringan yang lain. Harga air mineral ini memang terlalu mahal dan yang paling mahalnya ialah apabila menteri sudah menegur akan harganya yang lebih mahal dari minyak petrol. Harga air mineral di Malaysia juga adalah lebih mahal berbanding dengan harga yang dijual di Saudi, iaitu sebuah negara yang sukar untuk mendapatkan punca air. Di Jepun dikatakan harga susu lembu adalah lebih murah berbanding dengan air mineral. Begitu juga di beberapa negara lain lagi.

Apa lagi yang boleh dijual dengan harga mahal selepas ini?. Saya ramalkan ia adalah air tawar ...

No comments: