Labels

Wednesday, May 26, 2004

JODOH TAK PANJANG

SEMALAM saya menerima panggilan telefon "sila datang ambil surat". Surat yang dimaksudkan ialah surat tukar. "saya baru dua bulan kat sini. Sini seronok dan tidak ada masalah. Mengapa cepat sangat kena tukar?" (pertanyaan pura-pura tak tahu). "eh-eh naik pangkatpun tak nak ke?. Dah jodoh kat situ tak panjang". Hari ini surat tersebut sudah bertukar tangan dan esok terpaksalah mengadap bos untuk membawa berita baik dan berita buruk tersebut. Rasanya semua orang yang bekerja makan gaji ingin naik pangkat, namun tidak ramai yang ingin ditukarkan ke tempat lain. Justeru itu ada yang menolak kenaikan pangkat kerana terpaksa berpindah tempat kerja. Ini terutamanya bagi yang bekerja di state dan terpaksa berpindah ke federal.

Naik pangkat bererti bertambah tanggungjawab dan bertambah gaji. Namun pendapatan tidak semesti bertambah. Misalnya ada yang berjawatan rendah tapi jadi ahli lembaga pengarah tertentu dan dibayar imbuhan. Apabila naik pangkat dan berpindah, lembaga tersebut tidak ikut pindah. Ada yang pangkat rendah tapi elaun perbatuan beratus-ratus setiap bulan dan bila naik pangkat elaun tersebut tidak ada lagi sebab kerja tidak memerlukan buat kerja luar. Jika yang kerja state berpindah federal lagilah haru kerana kos hidup yang berbeda.

Walaupun bekerja di tempat sekarang cukup selesa, namun mba terpaksa akur sahajalah dengan isi kandungan surat tersebut. Apatah lagi bukan ramai rakan seangkatan yang terpilih. Mulai 1 Jun, mba akan beroindah ke pejabat baru lagi dan ii dah kira boleh memecahkan rekod perkhidmatan terpendek di tempat sekarang.....

2 comments:

Anonymous said...

selamat bertugas di tempat baru. di pejabat saya, ramai orang yg memangku jawatan tak sedar tak boleh cuti selama 28 hari (akibat tak baca perintah am). jadinya eddah bersambung ke bulan lain pula. kesian mereka.

nectar

mba said...

eh..eh... memangku tak boleh bercuti ke?. Saya ingat menanggung kerja saja yg tak boleh cuti 28 hari ....