Labels

Wednesday, July 27, 2016

BAGAIMANA SAYA DIKERJAKAN SEMASA BEKERJA

TIBA-TIBA saya teringat, sewaktu bekerja dahulu, saya pernah dikerjakan. Siapa punya kerja?. Tidak lain tidak bukan, melainkan bos sendirilah...

Pada suatu ketika, jabatan saya mengadakan satu pesta. Memang kerja jabatan saya pun buat pesta-pesta begini. Pada kali ini tetamu kehormat ialah YAB Perdana Menteri dan isteri dan beberapa menteri.

Memandangkan pesta ini berskala besar dan melibatkan orang besar, maka saya tidak dilibatkan. Mungkin bos fikir, saya ini jenis yang kurang PR agaknya, maka saya tidak terlibat langsung dalam pesta itu. Namun saya dijemput oleh tuan rumah sebagai peserta. Maka saya, seorang yang reti bahasa, pergilah ke pesta tersebut sebagai tetamu biasa, bukannya sebagai krew.

Tiba-tiba... bos sudah bising. Ya, bising kepada yang hadirlah. Saya masih buat kerja di ofis kerana tetamu patut datang jam 10am. Maka saya dapat panggilan telefon supaya segera ke tapak pesta kerana bos mahu saya menjadi penyambut kepada seorang menteri. Saya OK sahaja dengan tugasan tersebut. Sungguh pun begitu, oleh kerana saya tidak dilibatkan dalam raptai dan taklimat, maka manalah saya tahu tempat duduk, tempat makan, tempat rehat dan sebagainya akan menteri itu. Dipendekkan cerita, saya pun sampaiulah ke tapak pesta dengan seorang pemandu pejabat yang memandu kereta saya dan seorang staf saya. Bila sampai di tapak pesta, bos dan krew lain sudah berbaris menunggu VIP tiba. Saya yang tiba lewat ini seolah-olah VIP lah. Makan pukulan pertama yang saya dapat ialah kata sindiran pedas "nah kita mengalu-alukan ketibaan Tan Sri (nama saya ) dan Datuk Seri (nama staf saya) ke majlis". Pedas beb!.

Saya bergegas mencari dan meminta penerangan daripada staf asal yang ditugas menjaga menteri berkenaan. Beliau telah dipecat dari jawatan itu dan saya menggantikan beliau. Nasib saya baik, sebab beliau berikan kerjasama penuh. Agaknya beliaupun tidak gemar sangat dengan tugas tersebut.

Apabila menteri yang dimaksudkan tiba, saya sambut beliau. Saya dipeluknya. Ini membuatkan krew lain kehairanan. Kami berbual seketika sebelum saya bawa beliau ke tempat rehat beliau sambil menunggu ketibaan YAB PM dan isteri. Bila PM dan istefri tiba, saya macam biasa sahajalah, seperti krew lain juga. Salam dan senyum-senyum hormat.

Majlis berjalan lancar. Saya iringin menteri saya untuk jamuan. Setiausaha Akhbar dan pegawai khas menteri datang jumpa saya dan ucapkan terima kasih. Agaknya menteri berpuas hati. Saya juga cuba aturkan bersama pegawai khas supaya YB Menteri datang bersalam dengan beberapa jemputan yang ingin sangat berjumpa YB.

Tugas saya berakhir setelah YB Menteri meninggalkan majlis. Bagi saya, tugas saya sudah selesai dengan jayanya. Namun bagi boas saya?.


1 comment:

Anonymous said...

Kita ni ptm cuma jadi kuli kolar biru pada stake holder shj.jadi menteri paling senang tak payah susah2 belajar.tup2 jadi bos kpd segala bos.