Labels

Friday, December 04, 2015

MEMOIR : BAGAIMANA MBA MENDAPAT NAMA


Front-B 1989

Front-B, 1999

SEMASA di Okinawa International Center (OIC), selain dari kelas bahasa Jepun dan kelas formal, kami dapat praktis bahasa Jepun di shukudo (kefeteria) dan juga di fronto (meja penyambut tetamu) di hostel. Oleh kerana fronto dibuka 24 jam, maka banyaklah masa dihabiskan di situ dengan berbual-bual dengan mereka. Mereka ingin tahu pasal Malaysia dan saya ingin tahun pasal Jepun.

Mereka sangat pelik apabila orang Malaysia (Melayu) tidak mempunyai sirname atau nama keluarga. Pelik sungguh mereka. Lama-kelamaan, saya pun pelik juga adanya...

+: Apa nama kamu?
-: Muhamad Bin Ali
+: Boleh saya panggil kamu Ali san? (Mr. Ali)
-: Oh Ali ialah ayah saya. Itu bukan saya.
+:Bukankah Ali itu nama keluarga kamu?.
-: Oh tidak. Kami tidak guna dan tidak bawa nama keluarga. Ayah saya Ali bin Abu Bakar. Datuk saya Abu Bakar bin Abdullah. Selepas itu saya sudah tidak tahu...
+-: Jika begitu saya panggil awan Bin san
-: Oh tidak.... Bin maksudnya anak lelaki kepada...
+:Jika begitu saya panggil awak Bin Ali san
-: Oh sangat ganjil nama itu. 
+: Betullah, kamu adalah anak lelaki kepada Ali
-: Tetapi saya tidak suka nama itu.... sangat ganjil.
+ Jika begitu, mulai hari ini kami semua panggil kamu mba san
-: OK..... saya setuju.

Dari situlah bermulanya MBA San.






2 comments: