Labels

Saturday, October 31, 2009

BLACKBERRY AKHIRNYA



AKHIRNYA saya membeli sebuah Blackberry Bold setelah beberapa bulan menggunakan iPhone 3G dan tidak begitu lama menggunakan Nokia E71.

Pemilihan Blackberry adalah kerana keperluan untuk membaca e-mel yang mendesak. Saya lihat jadual kerja terlalu padat, berada di pejabat sekadar transit sahaja. Selebihnya dalam bilik mesyuarat.

Tidak ada cacat celanya pada iPhone. Namun jika dalam keadaan 'cemas' begini, menaip dalam iPhone memang terkial-kial. Tidak akan sempurna jadinya. E71 pula tidak mampu menggalas beban e-mel yang banyak. Tindakbalasnya menjadi sangat perlahan.

Walaupun iPhone dan E71 ini mampu melaksanakan tugas pushmail seperti Blackberry juga, namun ia tidak sama. BB jauh lebih cekap melakukan tugasan ini.


Oh ya, Blackberry juga adalah buah-buahan yang tidak semestinya hitam ...

1 comment:

doBot said...

Bro, tahniah kerana telah menggunakan blackberry.

Cuma satu bro, hanya blackberry yang ada push email. Phone lain tak ada push email, mereka menggunakan kaedah 'pull email'.

http://www.blackberryforums.com/general-blackberry-discussion/36157-push-vs-pull-email.html