Labels

Sunday, July 06, 2008

KES ANWAR: MUFTI MANA YANG BETUL?

APABILA Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis bahawa Dato' Sri Anwar Ibrahim meliwat beliau, maka:-

1. Polis membuat siasatan kepada pengadu dan yang dituduh
2. Hospital membuat pemeriksaan terhadap pengadu
3. Mufti Perlis mencadangkan pengadu dan yang dituduh bersumpah laknat atau bermubahalah . Ia itu jika yang cakap bohong, akan ditimpa balasan laknat ke atasnya.

TETAPI:-

4. Mufti Perak kata ia tidak perlu. Cadangan bersumpah tersebut datangnya daripada 'orang yang terlebih pandai'. Dalam Islam tidak ada sumpah dengan Quran. Itu ikutan daripada ugama lain. Hukum

5. Bekas mufti WP juga sependapat dengan Mufti Perak. "kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an. "Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an.

Hmmmmm....

Biarlah polis buat kerja polis. Biarlah doktor buat kerja doktor.
Tapi apa halnya pula dengan Mufti?.

Islam itu satu. Allah itu satu. Quran itu satu. Tetapi mengapa mufti A cakap A, mufti B kata hukum A tidak betul dan mufti A "terlebih pandai?". Mufti mana yang boleh dipercayai? Atau... mufti yang bercakap soal ugamapun tidak boleh dipercayai lagi?.

Kesimpulannya ...... usahlah cakap perkara di luar bidang kepakaran.

2 comments:

Anonymous said...

u paham ke maksud ikhtilaf pendapat?

kita ada 4 mahzhab..kalo u mazhab shafie,3 mazhab lain tu salah ke? pdhal sumber keempat2 mazhab tu sama je,quran yg itu dan hadis yg itu juga.

jelas,u perlu byk mmbaca ttg hal agama.x boleh goreng2 saja tau utk mengisi vacuum ur blog!

mba2u said...

Ooooo ye ke?.
Tak tau pulak depa tu berlainan mazhab.
Ingatkan satu mazhab jer
;-)