Labels

Sunday, July 27, 2008

AKU ADALAH PARIA KEPADA AUSTRALIA



MENGIKUT jadual, hari ini aku terbang ke Australia untuk menghadiri IHE pada hari Isnin. Dalam situasi kerajaan tidak menggalakkan sfatnya ke luar negara, permohonan aku ke Australia walaupun hanya dibuat dalam masa seminggu (sepatutnya sebulan), tetap diluluskan oleh KSU.

Namun, hendak dijadikan cerita, visa aku telah tidak diluluskan oleh kerajaan Australia. Alasan paling kukuh yang boleh aku berikan ialah kerana nama keluargaku adalah seorang Khalifah Islam dan juga menantu kepada Rasulullah. ITU SAHAJA.


Your application has not been successful.
Your application has been reviewed by the Australian immigration authorities. It has not been successful.
Please contact the nearest Australian visa office. A list of these offices and ETA contact procedures is available by clicking on the link on the home page.
Do not submit the application again. The result will be the same and another fee will be payable.


Sememangnya hak untuk mengeluarkan visa adalah merupakan hak mutlak sesebuah negara. Malaysia juga akan menolak permohonan visa dari rakyat asing yang pada pandangannya adalah tidak layak. Siapa yang akan keluarkan visa kepada orang asing yang sengkek, papa kedana, paria dan yang setaraf dengannya. Itu hak mutlak negara. Biasanya kita perlu isi borang, berikan gambar, sertakan surat daripada majikan, sertakan penyata bank dan kadang-kadang dipanggil temuduga. Dalam kes Australia ini, ia menolak hanya berdasarkan NAMA dan nombor paspot sahaja. Jika paspot tidak pernah digunakan (paspot baru dengan nombor baru sudah tentunya), maknanya ia ditolak semata-mata kerana NAMA. Betapa parianya nama aku di mata Australia.

Oh tidak mengapa..... memang ada hikmah di sebaliknya. Aku tidak rasakan sebarang kerugian langsung. Aku akan pastikan juga aku tidak akan kerugian. Sebaliknya pihak kanggaro yang akan menanggungnya. Semuanya.

Aku pernah mendengar cerita (entah benar, entahkan tidak). Tun M mempunyai masalah peribadi di zaman silamnya dengan British. Lantas dia keluarkan polisi 'Buy Bristish Last'. Tapi, aku bukannya PM. Oleh itu aku dengan rasminya melancarkan kempen 'Say NO To Australia', hanya untuk diri aku sendiri. Jadi, janganlah engkorang bawa produk Australia, atau orang Australia atau apa-apa sahaja kepada aku. Kesian kat engkorang nanti.

PARIA AUSTRALIA.

6 comments:

Anonymous said...

Salam..
Rasanya, tuduhan sdr tu terlalu emosional. Australia bukanlah negara yang diskriminasi pemohon visa semata-mata kerana nama. Apa yang pasti, mungkin sdr tidak memahami syarat2 permohonan visa tersebut; yang menjadi punca permohonan visa sdr ditolak.

"...Depending on your current country of passport, you are encouraged to apply for the appropriate visa 4-6 weeks before departure for Australia."

Petikan: http://www.immi.gov.au/visitors/iecn.htm

mba said...

Salam kembali;

Terima kasih atas komen sdr. Saya percaya sdr biasa memohon visa ke Australia. Saya berasa amat sedih apabila sdr katakan kemungkinan saya tidak memahami syarat2 permohonan visa tersebut. Mungkin benar. Namun permohonan dilakukan oleh agensi penerbangan yg dilantik oleh Kerajaan Malaysia yang telah menguruskan berpuluh ribu manusia ke Australia. Perjalanan saya juga adalah atas jemputan sebuah kementerian di Australia keparat.

Sdr tahukan, apa yg ditanya dlm borang permohonan visa on-line?

Nama
Tarikh Lahir
No. Passport
Tujuan (business/leisure)

4-6 weeks?. TIDAK ditanyapun tarikh ingin ke negara perkauman tersebut.

Hmmm.... memang saya yang tidak faham syarat.

mba said...

SAY NO TO AUSTRALIA

Anonymous said...

Salam kembali,

Mana2 agensi pun, kalau syarat permohonan tidak dipatuhi, permohonan tidak akan dipertimbangkan. "Di sini" bkn seperti "di sana"... ada "line express". Or mungkin sdr boleh tukar 'say NO tu agen si polan'...
Sebelum sy ke Australia, sy juga seperti sdr, menganggap Australia negara perkauman. Tapi, bila tiba di sini, tanggapan sy tu salah semuanya.
Apapun, sy percaya dn yakin, kegagalan sdr mendapatkan visa bukanlah disebabkan nama saudara.
"Discrimination is a crime in Australia."

mba said...

Terima kasihlah atas "sangka baik" sdr. Saya akan menulis surat meminta penjelasan (bukan merayu), untuk mendapatkan jawapan SEBENAR (baca: rekaan Australia).

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Baguslah begitu. Sy merupakan melayu islam seperti sdr yg semestinya tidak mahu berprasangka buruk pada mana2 pihak hanya kerana terkhilaf tafsiran atas apa yg berlaku.

"By (the Token of) Time (through the ages); Verily Man is in loss; Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together)in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.
[Translation by Abdullah Yusuf Ali]