Labels

Tuesday, July 29, 2008

APALAH PUNYA MAKNA BAHASA



AHAD lepas kami berbasikal keliling Putrajaya. Habis keliling Tasik Putrajaya. Paling seronok ialah berada di tengah-tengah tasik/empangan Putrajaya. Sebabnya tempat tersebut ialah kawasan larangan. Kami ditegah oleh jaga daripada berbasikal di dalam kawasan tasik. Kami buat tak endah sahaja. Kami kayuh basikal. Jaga tak boleh kejar dengan motor.

Walau apapun, kami temui papan tanda yang amat memusykilkan hati. Ia bertulis "Penutupan Empangan Utama dan Penakungan Tasik Putrajaya ini Telah Disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir ..."

Apakah maksudnya Penutupan Empangan Utama?
Saya: Empangan Utama ini tidak digunakan lagi, sudah ditutup
Won: Ia adalah tarikh penyiapan, dari perkataan Inggeris completion
Muhaimy: Completion ialah penyiapan. Penutupan ialah closing
Saya: Mengapa penutupan (closing) perlu disempurnakan?.
Won: Salah guna bahasa
Muhaimy: ????

4 comments:

zizie ali said...

yang turunkan tanda tangan pun buta bahasa juga.

Ibrahim Bin Abdullah said...

bagi saya,ayat itu betul. tidak ada salahnya.mungkin perlu diubahsuai supaya tidak disalahtafsir.

Anonymous said...

Saya rasa betul sebab masa penakungan tu dibuat, air keluar masuk tanpa sekatan. Now, takungan tu dah ditutup mulai 2002 yang menunjukkan penakungan telahpun bermula. Maknanya mulai tarikh tersebut air telah ditakung dan mungkin kawalan pintu takungan mula dipantau (macam empangan).

616

mba said...

"Penutupan Empangan Utama" bermakna 'Empangan Utama' sudah tidak ada lagi, atau sudah tidak digunakan lagi, sebabnya ia TELAH DITUTUP. Walhal ia masih berfungsi....

Tata bahsa adalah betul, maksud sebenar dengan bahasa yang digunakan saya rasa tidak betul.