Labels

Friday, July 04, 2008

ELAUN NAIK 260% WOOO

Yahoooo!!!!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan kadar Imbuhan Tetap Gred Khas dan Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam perkhidmatan awam Persekutuan untuk diseragamkan dengan imbuhan diperoleh pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 10 bertarikh 17 Jun 2008 disiarkan di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan, dengan berkuat kuasanya surat pekeliling itu, kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991 dan kadar Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1996 terpinda.

Kadar baru imbuhan tetap jawatan Gred Khas yang ditetapkan adalah bagi jawatan Gred Khas A, imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM2,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM4,000.

Bagi Gred Khas B, kadar imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM1,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM3,050 dan Gred Khas C menerima imbuhan tetap gred khas RM1,000, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM2,500.


dari Berita Harian.

2 comments:

Anonymous said...

apa yg seronok sgt elaun tu naik? elaun tu utk pegawai besar yg poket dah sedia besar.elaun yg diberikan itu ,kalau dibahagikan...seluruh kakitgn awam dpt merasanya.

sensitif skit kpd rakyat marhaen...

mba2u said...

Eh eh....
minyak free, dapat elaun tambahan, mestilah seronok!.