Labels

Sunday, September 16, 2007

VEGETARIAN


DALAM bulan Ramadhan ini, kita bercakap sedikit soal makanan, iaiatu Vegetarian. Semasa saya diminta datang bertugas di US baru-baru ini, pihak tuan rumah bertanya adakah saya a).Vegetarian atau b).Tidak. Oleh kerana yang ada cuma Ya atau Tidak sahaja, maka saya terpaksalah menumpang Vegetarian dan memberikan jawapan Ya. Saya percaya orang lain juga berada dalam situasi yang sama. Ia itu apabila berada di luar negara yang mana makanan halal tidak ditemui, maka mereka akan menjadi Vegetarian.

Vegetarian dimaksudkan didefinisikan sebagai suatu amalan tidak makan daging, unggas, ikan, ataupun produk sampingannya, dengan ataupun tanpa penggunaan dairy atau telur.

Saya kira ia adalah pilihan yang lebih selamat berbanding non-vegetarian kerana dengan ketiadaan unsur daging, bermakna taraf halal adalah lebih terjamin. Makanan dalam vegetarian tidak perlu disembelih kerana tidak ada unsur binatang. Namun dalam ISlam, semua makanan laut juga tidak perlu disembelih dan ia adalah halal. Sungguhpun begitu, dunia antarabangsa seolah-olah tidak mengiktiraf wujudnya kategori makanan dalam Islam, iaiatu makanan Halal. Mengapa?. Jawapannya berada pada kita sendiri, orang Islam.

Vegetarian ini ada beberapa peringkat dan melangkaui pelbagai agama dan ada persatuan tersendiri yang memperjuangkan Vegetarian. Barangkaliperlu ada juga suatu persatuan yang mempromosi dan memperjuangkan "Halal Food". Barangkali.

Berikut adalah takrif Islam mengikut Wikipedia:

Islam membenarkan pemakanan daging, jika ia adalah "halal". Ia itu disembelih mengikut standard Islam. Selain daripada itu daging adalah "haram" dan tidak dibenarkan untuk dimakan. Vegetarian dalam Islam adalah jarang-jarang berlaku kerana pemakanan daging dalam Islam berkait rapat dengan ugama, iaiatu ibadat kurban semasa Eid ul-Adha. Lagi pula Islam melarang umatnya mengharamkan apa yang dihalalkan. Apabila berpergian di tempat yang sukar untuk memperolehi daging halal, Muslim akan memakan ikan atau sayuran tetapi dengan mempastikan ia tidak dicampur dengan wine atau alkohol. Walau bagaimanapun memakan daging tidak dimestikan dan ia bergantung kepada selera dan keadaan kesihatan seseorang.

Tepat sekali rasanya takrifan Wikipedia, cuma ia tertinggal anjing dan babi sahaja.

Namun, walaupun sudah menjawab Vegetarian, saya masih juga tidak disedia/dihidangkan dengan makanan vegetarian. Maggi dan Brahim jugalah yang jadi penyelamat. Alahai susahnya nak cari makanan halal bila keluar dari negara sendiri.

5 comments:

datheavenlysincethousandyearsagoguy said...

Assalam encik mba,

mmg betul sukar nak dptkan makanan berstatus 'halal'. Walaubagaimanapun, kalau di US tu, if u could inquire around, tanyala kalau ada Kosher supply kat situ, sebab Kosher lebih popular di pasaran negara maju berbanding halal.
Makanan ahli kitab adalah halal bg kita,dalil ~ al-Maidah, ayat 5; & byk lg hadith2 nabi saw berkaitan dgnnya. tq

mba2u said...

waalaikumsalam datheavenlysincethousandyearsagoguy (wah panjang & uniknya nama!).

Terima kasih atas makluman. Semasa di New York saya terjumpalah Kosher dan di tengah2 NYC ada pula seorang hamba Allah yang jual kebab halal !

alhamdulillah

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana menjelaskan bagaimana nak download daripadaYou Tube ke komputer.

Masalah saya ialah daripada VCD atau DVD ke You Tube. Misalnya VCD, dalam CD tersebut ada folder dan terdapat banyak files. Tak faham saya yang mana perlu dilakukan. Atau tak boleh?

Bunga Rampai said...

Salam,

Kadang-kadang risau juga berhadapan dengan makanan untuk 'vegetarian' kerana hati bertanya 'minyak' apa yang diguna untuk memasak? Pernah sekali saya pilih 'vegetarian' tapi malangnya minyak yang digunakan untuk memasak ialah dari sumber khinzir.

Ya, Maggi dan Brahim teman setia :)

HELMI RRM TV said...

(AHIMSA VEGE HEALTH FOOD INDUSTRIES)
Email : helmi@ahimsa.com.my
No Tel : 016-216 3949
WhatsApp : http://www.wasap.my/+60162163949/helmiahimsa.

Certification: HALAL, ISO2200, HACCP, GMP, BUATAN MALAYSIA

Group Telegram : https://t.me/+lCvCMrPTFtphYzc1


Our online shop
Website: https://shop.ahimsa.com.my/
Shopee frozen: https://shopee.com.my/ahimsafrozenfood
Shopee non frozen: https://shopee.com.my/ahimsavegehealth
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/ahimsa-vege-health-food?spm=

Medsos
Tiktok: https://www.tiktok.com/@ahimsahq
Facebook: https://www.facebook.com/AhimsaVegeHealth
Intagram: https://www.instagram.com/ahimsavegehealth/
Youtube: https://www.youtube.com/@ahimsavegehealth585