Labels

Tuesday, September 04, 2007

SUSAHNYA MASUK US

5.30am meninggalkan rumah menuju ERL Putrajaya. Penerbangan MAS le LAX terlewat sejam berlepas daripada yang dijadualkan. Akibatnya ia terlewat sejam tiba di Taipe. Transit di Taipe adalah selama 1.5 jam, dipendekkan kepada setengah jam sahaja. Namun sistem pemeriksaan masuk di Taipe yang menggunakan manual sepenuhnya telah melambatkan proses masuk bagi penumpang transit.

Tina di LAX lewat empat puluh minit daripada jadual baru. Ini bermakna terlewat 1 jam 40 minit dari jadual asal. Penerbangan sambungan ke Boston diberi 3 jam. Ini bermakna ada lagi 1 jam 20 minit sahaja. Untuk melepasi imegresen US, Kastam US dan hantar bagasi ke terminal dan check-in ke Boston dan naik pesawat, itulah masa 80 minit yang ada.

Imegresen kat sini bukan boleh buat kawan sangat:
"Engkau datang sini nak buat apa?"
"Nak meeting"
"Meeting apa?"
"Meeting CXO"
"Mana alamat tempat tinggal?"
"Ini dia"
"Nak tinggal berapa hari?"
"xx hari sahaja"
"Ambil cap jari kiri"
"Ambil cap jari kanan"
"Buka cermin mata, ambil gambar"
"Engkau ni dah berapa lama tak datang US?"
"Lama jugaklah"
"Bila last datang"
"Dah lupa.... itu ada dalam passport"

Lepas tu suspen jer..... kat depan dia tu ada 4 cop. Ada kawan yang kena cop merah, 100% screening. Kena masuk lorong. Kena buka segala yang tak patut dibuka. Ada dua sebab, pertama nama dia ada ala-ala orang yang dikehendaki. Keduanya dia muda lagi.

(Nasib baik I dah tua). Sebelum letakkan cop, dia pergi pulak kaunter lain, minta nasihat yang pangkat tinggi sikit. Lepas tu dia dok main-main pilih cop. Tawakallah ajala. Akhirnya dia cop dan beri masuk sebulan.

Pass tu kena gi amik beg, kena clear kastam dan kena berlari untuk screening bag (Bagasi yang telah dicheck-in dari KLIA kena screening lagi dan ditarik sendiri). Lepas tu berlari pulak ke Terminal 4 untuk penerbangan ke Boston. Alamak, masa ada 45 minit saja lagi. Ia adalah masa terakhir untuk check-in sebelum dia bagi kat orang yang standby. Dah selesai check-in, kena screening lagi. Q panjang. Kena berkaki ayam. Abis screening berlari lagi ke Gate 42B. Time dah 3pm. Flight 3:20. Nasib baik.

Patut sampai Boston 11:45pm. Terlewat 40 minit. 12:20 baru sampai. Drebar hotel yang tunggu dah balik. Alamak, teruk betullah depa tu. Naiklah teksi. Sampai hotel, 1.30am dan check-in dan tak boleh tidur (sebab sekarang siang di Malaysia).

Salam dari Boston.

1 comment:

zizie ali said...

selamat berpergian.