Labels

Sunday, September 11, 2005

ROTI CANAI RM28 DAPAT SAMBUTAN DI JEPUN

NAGOYA 10 Sept - Walaupun terpaksa membayar 800 yen atau RM28 untuk mendapatkan sekeping roti canai, namun pengunjung warga Jepun ke Pameran 2005 World Expo di Aichi dekat sini masih tidak kisah. Malah mereka sanggup berbaris panjang sehingga lebih setengah jam di Restoran Malaysia Boleh di Pavilion Malaysia semata-mata bagi mendapatkan makanan tersebut.

Paling menarik, gerai Malaysia Boleh menjadi satu daripada gerai makanan paling popular, kalaupun bukan paling popular di ekspo tersebut yang menarik hampir 19 juta pengunjung sejak ia dibuka 25 Mac tahun ini. Malaysia Boleh diusahakan oleh Fine Co Ltd Japan, syarikat usaha sama Jepun-Malaysia yang juga mempunyai dua lagi restoran lain di Aichi Expo - European Table dan Omaimaniya Nippon - masing-masing menyediakan sajian Barat dan Jepun.

Rosdi Ahmad, 48 seorang daripada penggerak utama syarikat itu berkata, Malaysia Boleh menjadi popular kerana pengguna Jepun menganggap roti canai sebagai eksotik berdasarkan daripada cara ia disediakan.

[Petikan Mingguan Malaysia 11 September 205]

Roti canai sedang disediakan di Ekspo Aichi


Gerai Malaysia Boleh di Pavilion Malaysia


* Bukan sahaja orang Jepun yang Q di sini, orang Malaysia juga!. Kadang-kadang En. Rosdi tak sampai hati tengok sdra senegara dia bayar RM28 utk sekeping roti canai, so kekadang dia bagi free jer.

* Rasa roti canai ini memang sedap.... oishi desu ne!

No comments: