Labels

Friday, September 02, 2005

BAHASA MERDEKA

Penemuduga: Saya ingin awak jawab soalan ini dalam bahasa Inggeris.

Calon: Saya tidak bersetuju dengan dasar mengajar sains & matematik dalam b.Inggeris mulai dari darjah 1. Apa yang penting ialah kefahaman, bukan bahasa. Walau apapun bahasa yang digunakan, ia tidak penting asalkan persoalan pokoknya difahami.

Penemuduga: Sekarang awak faham tak soalan saya?

Calon: Saya faham, tetapi Ungku Aziz sendiri ada berkata yang perkara paling penting sekali ialah pemahaman, bukan bahasa. Dalam darjah satu, bila bahsa ibundanya ialah bahasa Melayu, masuk sekolah kena belajar sains & matematik dalam BI, murid bermasalah bukan kerana masalah sains atau matematik, tetapi masalah bahasa. Apa salahnya diajar subjek itu dalam bahasa yang mereka fahami. Memang tak patut.

Penemuduga: Ah dia sudah jumud sebenarnya. Kita bukan ajar semua subjek dalam BI, cuma dua subjek saja. Awak nak belajar sastera, sejarah dan segala subjek lain dalam BM tidak dilarang, cuma dua subjek ini sahaja dalam BI, takkan maruah BM boleh tercabar, dua subjek saja.

Calon: Encik kata jumud?. Mana boleh, dia masih releven. Dia adalah Melayu unggul. Dia masih belum ada pengganti, mungkin tidak akan ada pengganti.

Penemuduga: Awak dah jawab sendiri soalan yang awak tanya. Apa erti jumud? Persoalannya sekarang awak masih belum menjawab soalan. Saya kena uji kebolehan awak dalam BI.

Calon: BI saya OK, Saya boleh berBI. Dulu saya dari sekolah Melayu, bila buat master dalam BI, saya OK. Tapi kesian kepada pelajar lain yang kurang mahir dalam BI, mereka tu bijak sebenarnya.

Penemuduga: Itu dalam negara, jika di luar negara macamana?. Awak nak cakap Melayu kat PBB?.

Calon: Kita dah merdeka encik, mengapa kita masih guna bahasa penjajah, gunalah bahasa merdeka. Selamat hari merdeka encik ....

nota: Deruman enjin pesawat bergema di ruang angkasa kerana raptai hari merdeka.

No comments: