Labels

Saturday, September 17, 2005

JOM KAHWIN ...!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akhir-akhir ini melakukan pelbagai perkara (yang baik-baik belaka). Baru-baru ini depa memberi bantuan kepada penagih dadah, dan yang terbaru (lagi sensasi) ialah bantuan kepada pasangan yang ingin berkahwin.

Setiap pasangan akan diberikan wang tunai RM6000 (RM3000 seorang) di samping perbelanjaan kenduri-kendaranya diuruskan oleh MAIWP bertempat di masjid Wilayah Persekutuan.

Hmmmm.... jom kahwin!.

---- petikan akhbar ----
Setiausaha MAIWP, Che Mat Che Ali, berkata pihaknya membincang pelbagai aspek, terutama cadangan menambah skim agihan dan had kifayah daripada 17 kepada 30 kategori dinaikkan daripada RM1,024 yang diguna pakai kini.

“Had minimum peruntukan rumah untuk keluarga daripada RM20,000 misalnya mungkin dinaikkan kepada RM30,000, terutama di Labuan kerana mengambil kira kos bahan di sana yang mahal,” katanya.

MAIWP yang ditubuhkan pada 1974, kali terakhir membuat kajian serta mengemaskini dasar dan kaedah pengagihan wang zakat pada 2000 di Paradise Malacca Village Resort, Melaka.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan rumusan dan persetujuan mengenai penambahbaikan sistem agihan zakat secara profesional, sistematik, adil dan telus kepada lapan asnaf mengikut keperluan semasa sesuai ketetapan hukum syarak.

Che Mat yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), berkata antara skim yang diberi penekanan ialah membabitkan program menangani gejala sosial dan kecemerlangan akademik.

“Mengapa kita tidak perkenalkan skim kecemerlangan akademik di Wilayah Persekutuan? Jangan lihat yang kita hendak bantu ini orang miskin saja. Kalau (sesiapa) diluluskan ahli majlis kita luluskan.

“Kita ambil dua hingga tiga ribu pelajar dalam asnaf fisabilillah dalam bentuk kecemerlangan, untuk beri rangsangan bagi mengelakkan kemiskinan,” katanya.

Che Mat menggesa mereka yang layak menuntut hak mereka di MAIWP, termasuk sesiapa yang kesempitan wang untuk berkahwin, kerana pihaknya akan memberikan bantuan.

“Skim kahwin diwujudkan sejak 2000, tetapi setakat ini tak sampai 100 orang yang menerimanya. Kita tidak mahu mereka tidak berkahwin kerana tidak ada duit. Kalau kahwin dapat elak telatah sosial,” katanya.

No comments: