Labels

Friday, May 27, 2005

MOOD

SEMALAM tak ada mood nak menulis, jadi tak adalah tulisannya. Bahan untuk merapu berlambak, cuma mood saja yang tak ada. Hadis Melayu kata, biasanya 40 hari sebelum kematian seseorang, tanda-tanda kematian tu dah diketahuinya. Agaknya begitu jugalah agaknya dengan kematian sebuah blog kan?.

Hari sebelum semalam MBA pergi mengajar students mengenai Managing ICT Mega Projects. MBA saja tanya bebudak students ni, mana yang lebih bagus untuk diberikan projek, syarikat besar atau syarikat kecil?. Semua menjawab syarikat kecil.... Apa komen anda?. Ooooo teringat pulak, semalam depa tu ada test, skema markah masih belum hantar lagi (bila lagi nak buat ni?).

Semalam MBA pergi lunch dengan dua rakan Jepun yang bekerja di Malaysia dan seorang Jepun yang baru tiba dari Nagoya. MBA perlu tunggu tepat jam masa makan tengahari companynya, baru dia boleh keluar dan tepat habis waktu makan beliau terpaksa pergi. Bila ditanya mengapa begitu patuh sekali?. Rakan Jepun ni kata, "Bos saya tidak ada di pejabat, jadi saya mesti jaga pejabat. Jika bos ada, bolehlah saya keluar awal sikit dan balik lambat sedikit". Ohhhh gitu ke?. Saya pulak jawab, kami pula boleh keluar awal sikit dan pulang lambat sikit bila bos tak ada di pejabat, jika bos ada tak boleh. Rupa-rupanya kita ni berbeza sungguh ya?. Agaknya sebab itulah Jepun tidak boleh memahami Malaysia dan sebaliknya kan?.

Malam tadi MBA dinner @ BBQ dengan Jepun lagi. Sorang awek Jepun tanya, lelaki Melayu yang pakai songkok atau kopiah (dia kata hat lah), bagus tak? romantik tak? penyayang ke? dan banyak lagilah soklan-soklan seumpama itu. Hmmmm kalau bawak EP pergi rasanya, senang sikit EP nak terangkan.


p.s Bercakap pasal mood ni, teringat masa sekolah dulu. Ada seorang kawan cakap, semua orang tak ada mood, aku sorang saja sentiasa ada mood. (Nama dia ialah Che Mood). Entah ke mana dia sekarang, tak pernah jumpa lagi dengan Mood.



wassalam.

No comments: