Labels

Sunday, August 02, 2015

DUA KISAH SEBUAH BUKU


CUBA kita lihat kepada sebuah buku yang kita beli dari sebuah kedai buku. Adakah buku tersebut kepunyaan kita?.

Ya. Kita boleh baca, pinjamkan, jual, buang, bakar dan sebagainya buku tersebut.

Adakah kita boleh sewakan buku tersebut?. Saya fikir YA.

Bolehkah kita buah salinan terhadap buku tersebut?. Di sini ada dua kisah yang kami temui dalam kembara menjual buku.

Kisah 1:
Seorang guru membeli beberapa buah buku kerja. Beliau memberitahu saya "cikgu akan fotocopy kandungan dari buku ini dan berikan kepada murid-murid untuk buat kerja"

Saya bertanya balik, "bolehkah cikgu berbuat begitu?. Buku ini dilindungi oleh hakcipta, bolehkah cikgu buat salinan begitu?".

Beliau memberikan jawapan "Cikgu hanya buat  fotocopy satu atau dua muka sahaja setiap buku bagi tujuan pembelajaran. Bukan sebuah buku. Ia dibenarkan. Lagi pula Encik, mana murid-murid cikgu ini mampu beli buku".

Saya diam dan tersenyum.

Kisah 2:

Seorang imam beli sebuah buku agama dan buat berpuluh salinan. Saya bertanya, "mengapa Imam tidak beli buku yang original?".

Beliau menjawab. "huh buku ori mahal. Cekik darah punya".

Seterusnya saya berkata "Kesian penulisnya, penat-penat menulis kemudian orang lain ambil begitu sahaja".

Imam berkata "untuk makluman you, penulis buku ini telah halalkan ilmu dia dan benarkan kami fotostat. Sebab itu kami buat. Jika tidak, tentu berdosa".

Saya mempunyai pendapat lain dan saja provok imam. "pada pendapat saya, penulis buku itu tidak ada hak untuk membenarkan buku itu dibuat salinan. Ia adalah hak penerbit. Jika penerbit benarkan, mungkin boleh. Sungguhpun begitu, ia akan menganiayai penulis pula dari segi royalti. Penulis boleh beri dan halalkan ilmu beliau, bukannya buku itu yang dia sudah tidak ada hak lagi.

Imam: "U jangan pandai-pandai buat fatwa baru".

Sekian terima kasaih.




No comments: