Labels

Saturday, December 04, 2010

TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF


DALAM tahun 1982, saya berkursus di INTAN Jalan Elmu. Pada masa tersebut Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Yusof adalah merupakan Ketua Program Latihan Komputer. Sesekali dia datang memberi ucapan, kata-kata semangat dan motivasi pagi dalam kelas kami. Jika ada acara pemberian sijil, maka dialah orangnya. Kami tertunggu untuk mendengar ucapan-ucapannya kerana banyak informasi yang boleh kami kutip.

Semasa saya bekerja di Bahagian latihan, JPA, beliau bekerja di Bahagian Perkhidmatan JPA menjaga hal-ehwal staf ICT. Kedua-dua bahagian ini berjauhan lokasi pejabatnya. Sesekali datang mesyuarat, beliau memanggil saya sebagai sahabatnya.

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah di Hospital Putrajaya. Beliau menemui doktor pakar dan saya menemui doktor biasa. Bukan kerana beliau sakit kronik dan saya sakit biasa, tetapi atas alasan yang berlainan. Setelah bertahun-tahun tidak berjumpa dan berhubungan, beliau nampaknya masih mengenali saya. Kami bertegur sapa, bersembang dan macam-macam sementara menunggu nama kami dipanggil oleh misi.

Dalam usia sedemikian, dalam kesibukan begitu, dalam ratusan ribu manusia yang ditemui, saya pasti beliau tidak mengingati nama saya. Mungkin masih cam sedikit-sedikit, namun saya yakin beliau (seperti saya juga) tidak boleh mengingati nama-nama 'sahabat lama'. Namun perawakan beliau menunjukkan seolah-olah baru semalam kami berjumpa dan tidak menunjukkan sebarang kejanggalan.

Bagi saya pula, saya sentiasa "bertemu" dengan beliau samada dalam TV, radio ataupun akhbar...

Karaktor beginilah yang susah iingin dicari...

6 comments:

rahmah said...

salam, boleh saya nak tanya something. uncle kenal baik ke dengan pak cik dalam post ni?

MBA said...

Salam;

Tak adalah baik sangat, tapi kenallah. Saya bekas anak buah dia lama dulu. Sayapun ramai bos, diapun ramai anak buah. Cuma dia ni jenis yang ingat dan baik dengan bekas2 anak buah. Gitu ajalah.

rahmah said...
This comment has been removed by the author.
rahmah said...

uncle, saya just sekadar bertanya. sbb saya ingat uncle kenal rapat dgn dia.

MBA said...

Salam

Uncle tidak kenal dan tidak tahu kisah keluarganya.

Wallahualam.

rahmah said...

tak apalah uncle. apa2 pun terima kasih.