Thursday, December 02, 2010
JAWATAN: PENGARAH ATAU SETIAUSAHA ?
SETELAH tamat belajar, belumpun lagi keputusan peperiksaan diterima, saya telah ditawarkan bekerja dengan kerajaan.
Apabila pulang ke kampung, seorang jiran, namanya Mek Tok (sekarang arwah, alFatihah untuk beliau) cuba meneka. "Kamu pegang jawatan Penolong Pengarah Pembangunan kan"?. Saya amat terkejut kerana beliau tidak pernah bersekolah dan tidakpun tahu membaca-menulis boleh meneka dengan hampir tepat sekali jawatan yang saya sandang dalam kerajaan.
"Semua orang yang keluar universiti, bila kerja dengan kerajaan mesti jadi Penolong Pengarah", jawab Mek Tok dengan selamba.
"Tidaklah Tok, itu untuk pentadbir sahaja. Aling orang teknikal, bukan Penolong Pengarah". Saya cuba membetulkan sangka beliau.
Sekiranya saya bekerja di sebuah kementerian dan diberi jawatan sebagai Penolong Setiausaha, sudah tentu Mek Tok (dan anda juga, barangkali) akan beranggapan bahawa jawatan Penolong Setiausaha adalah amat rendah berbanding dengan Penolong Pengarah.
Itulah antara inti pati yang cuba saya ceritakan dalam buku "50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan".
Ia akan berada dalam pasaran sedikit masa lagi. Ingin tempah?. Cuma RM18.00 termasuk belanja pos dan tandatangan penulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment