Thursday, December 16, 2010
KKP 2010: SIRI 2
SETELAH mendapat mandat kayuhan Putrajaya ke Port Dickson, kami mula ,merangka strategi.
1. Mencari penaja untuk tempahan jersey
2. Mencarai kawan-kawan untuk menjadi urus setia
3. Mencari laluan (route) yang terbaik
4. Mencari pengurus acara
Oleh kerana saya pernah berkayuh dari Putrajaya ke PD sebanyak 3 kali, maka route ini dapatlah diimiginasikan. Namun berkayuh sebagai peserta dan sebagai penganjur, jauh bezanya. Kami mesti pastikan tidak ada pengayuh yang mendapat kesusahan seperti cedera, pensang, sakit, kemalangan dan sebagainya. Bagi tujuan itu paramedik dan ambulan diperlukan. Polis trafik mesti ada.
Kami menaiki kenderaan dan mengambil route menggunakan GPS. Namun memandu dan mengayuh jauh bezanya. Tiap kali kami berlatih dan ingin berkayuh untuk ke PD, setiap kali terdapat halangan. Tidak cukup korum dan sebagainya. Terfikir juga, mengapa tidak kayuh di Putrajaya sahaja?.
Kami jangkakan ramai orang boleh berkayuh ke PD. Ia cuma 65km sahaja. Namun semasa pulang ada sedikit masalah. Sebabnya cuaca yang panas akan membawa banyak masalah. Oleh itu kami jangkakan semasa pulang sebahagian pengayuh perlukan kenderaan, bas dan lori. Kos sudah tentu tinggi.
Sebuah syarikat telah mengemukakan sebutharga untuk menguruskan acara ini dengan kos sebanyak RM8,000. Sangat berbaloi pada pendapat kami.
Orang mengantuk disorongkan bantal. YBMK memaklumkan beliau tidak mempunyai masa untuk ke PD. Oleh itu saya terus tukarkan route dalam Putrajaya sahaja. Dari situlah KKP mendapat nama. Kami kemudiannya mula mencari route yang sesuai bagi 50km. Sangat memenatkan. Rasa-rasanya ke PD lagi senang berbanding 50km dalam Putrajaya. Sungguh komplikated. Sebelum pergi haji, Muhaimy telah bawakan kami ke suatu route sejauh 50km dan kami telah mono-mondokan route tersebut. Akhirnya selepas puas berbalah, route itulah yang kami pakai. Kami namakan ia sebagai route Muhaimy.
Saya menulis surat kepada Perbadanan Putrajaya untuk memohon kebenaran dan pemakluman. Hmmmmmm..... route ini sangat komplikates, PuJ meminta kami adakan mesyuarat dan panggil pihak polis, PICC, PERS dan banyak lagi.
Penajaan. Kami perolehi banyak janji penajaan. Cukup banyak. Namun ..... adakah anda ingat bahawa tarikh kayuhan belum diperolehi?. Janji tetap janji. Sesungguhnya sehingga kini (seminggu selepas kayuhan), saya masih lagi menagih janji. Masih ada penaja yang masih belum membuat bayaran. Logo sudah terpampang di jersey. Majlis sudah berakhir lama.
Akhirnya tarikh diperolehi dan kami hanya da masa dalam 3 minggu untuk uruskan semua. Setelah tarikh diperolehi, barulah jemputan kepada peserta boleh dilakukan. Peritnya untuk mendapatkan 100 peserta, Tuhan sahaja yang tahu. Dua minggu sebelum acara kami hanya ada 64 peserta yang berdaftar. Cuma 64?. Jika datang cuma separuh apa akan jadi?.
Satu mesyuarat teknikal diadakan. Ken menjanjikan 20 orang sweepers. Aniz tidak menampakkan minat untuk menjadi pengurus. Agaknya kerana kayuhan dalam Putrajaya tidak begitu mencabar. Peserta juga ada yang tidak lagi berminat untuk berkayuh dalam Putrajaya, bukan ke PD.
Mesyuarat AJK kerap dilakukan di kedai mamak Ali Bistro dan setiap masa kemaskini dalam blackberry.
Akhir sekali, cabaran paling getir berlaku apabila saya ditawar dan dicalonkan untuk menghadiri mesyuarat di New Zealand selama seminggu. Mengikut jadual saya hanya pulang pada malam sebelum acara kayuhan.
[bersambung].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment