Labels

Tuesday, December 14, 2010

KAYUHAN KESIHATAN PUTRAJAYA 2010 : SEBALIK TABIR 1



[SAYA akan buat beberapa catatan berkaitan KKP 2010 sebagai tujuan rekod. Mana-mana yang boleh diceritakan untuk tujuan diambil iktibar bagi program akan datang, jika ada]

YBMK tahu saya berkayuh basikal. Suatu hari saya dipanggil ke bilik beliau bertanyakan soal-soal kerja. Kemudian beliau mahukan saya organise satu program kayuhan. Memandangkan beliau tahu saya pernah berkayuh daripada Putrajaya ke Port Dickson, maka beliau bercadang untuk melawat sebuah hospital di Port Dickson sempena majlis kayuhan tersebut.

Bagi saya, perkara itu tidak sukar untuk dilakukan. Maka saya mula berangan-angan untuk menganjurkan program kayuhan Putrajaya ke Port Dickson. Angannya begini... YBMK melepaskan peserta di perkarangan KKM. Beliau berkayuh beberapa ratus meter. Seterusnya kami akan bertemu semula dengan beliau dalam 500 meter dari hospital Port Dickson dan kami sama-sama berkayuh mesuk ke hospital.

Langkah pertama ialah memberitahu kawan-kawan akan idea ini untuk pelaksanaan. Sambutan menggalakkan. Tiba-tiba....

Tiba-tiba YBMK membuat pengumuman mengenai acara ini dalam perhimpunan pagi yang dihadiri oleh seluruh warga KKM. KSU dan KPK juga ada bersama. Oleh kerana saya belum memaklumkan perkara ini kepada KSU, maka saya berjumpa KSU untuk memberi makluman. Beliau menyokong penuh usaha ini dan mencadangkan supaya memohon dana dari pihak KKM. Namun saya maklumkan kepada beliau, saya lebih selesa untuk melaksanakannya melalui NGO yang saya sendiri anggotai dan terajui. Beliau setuju.

Mulai dari saat itu, saya ligat berfikir untuk melaksana program ini dan mencari dana. Paling sukar ialah untuk mendapatkan tarikh daripada YBMK. Setelah dana untuk menempat jersey selesai, tarikh masih belum pasti.

Setelah tarikh diperolehi, ia terlalu suntuk dan dalam kesuntukan itulah segala program diatur yang akan bersambung dalam entri berikutnya...

No comments: