Labels

Tuesday, December 21, 2010

KEDAI MAKAN : MALAYSIA ATAU HALAL ?


SEMASA di Wellington, New Zealand kami diperkenalkan dengan sebuah restoran Malaysia yang terkenal. Namanya Istana Malaysia. Ramai orang tempatan yang makan di sini. Pelancong dari Malaysia juga ada. Biasanya bas pelancong akan singgah di Istana Malaysia. Pelbagai makanan Malaysia disediakan, termasuklah arak. Ya, setiap meja ada sahaja orang meminum air kencing syaitan itu.

Oh ya, di luar restoran memang ada tertulis perkataan "halal". Barangkali jika JAKIM boleh datang dan ada kuasa, sudah tentu restoran ini akan diarahkan memadamkan perkataan tersebut.

Semasa di Auckland pula, orang tempatan memperkenalkan kami dengan medan selera antarabangsa. Pelbagai negara ada. Ada Malaysia, ada Indonesia, ada Thailand. Nampaknya makanan Malaysia sungguh menyelerakan. Begitu juga dengan makanan Indonesia. Namun pekerja dan pemilik restoran Malaysia bukanlah rakyat Malaysia, tetapi dari Sri Langka. Saya tidak mahu bertanya di mana beliau belajar memasak masakan Malaysia. Saya tidak jadi makan di sini.

Sebaliknya ke sebuah gerai lain yang mempamerkan bendera Malaysia. Di situ tertulis dalam bahasa Melayu "kami adalah satu-satunya peniaga Islam di sini. Semua makanan adalah halal". Bila tiba, siap kami diberikan salam, bertanya khabar dan beliau bercakap Melayu dengan kami. Pemilik dan pekerjanya bukan orang Malaysia, tetapi dari Iran. Seleranya adalah 'nasi Arab', bukan selera Malaysia. Namun tidak ada dijual makanan-minuman tidak halal seperti arak dan yang seerti dengannya. Harga pula cukup murah. Walaupun makan dengan $5, dia terima kad kredit. Makan beriani ayam, diberi percuma salad dan kentang goreng. Harga cuma $9 sahaja. Jika ada kad pelajar, cuma bayar $7 sahaja.

Kami makan di sini. Berulang.

p.s Di laman web Istana Malaysia, terpampang dengan megahnya "wine list".

2 comments:

Anonymous said...

Malaysia,
Ahli Negara Islam; OIC
Muslim Malaysia; zahir pada nama?

Anonymous said...

Istana Malaysia: BUKAN Restoren Halal Malaysia, hanya menyajikan makanan ala Malaysia.

Arak? HARAM.
Danny Rajen;owner&chef. Muslim? tidak pasti (tanya sendiri).