Sunday, December 12, 2010
R0EWY0 - PENGGODA & PENGGODAM
TRAVELOG New Zealand siri 1 telah habis dibaca. Siri 2 berjudul "Penggoda & Penggodam r0eWy0" sangat istimewa bagi saya. Sebabnya ia mula dibaca dan dihabiskan bacaannya di New Zealand. Ia itu tempat di mana novel travelog ini diceritakan.
Saya berpeluang mengunjungi New Zealand atas jemputan untuk bermesyuarat dengan beberapa buah jabatan dan kementerian di sana. Lawatan selama seminggu ini saya singkatkan sehari kerana ada tugasan *sangat penting* pada hari berikutnya. Tugasan penting tersebut ialah kayuhan basikal yang merupakan Indeks Prestasi Utama (KPI) tahun ini. Lucu?.
r0eWy0 mula dibaca setibanya di Auckland dan dalam masa selang menunggu penerbangan ke Wellington. Termasuk juga dalam penerbangan. Kemudiannya disambung di Wellington di mana ada masa senggang. Sesibuk manapun semasa di Wellington, saya masih mencuri-curi menulis dua bab daripada buku saya 'Kaedah Berkesan Memenangi Tender Kerajaan". Menarik?. Ingin tahu?. Barangkali lambat lagi disunting oleh penerbit. Kali ini saya tidak mahu terhegeh-hegeh mencari penerbit. Saya tahu kandungan buku ini amat ditunggu-tunggu oleh banyak pihak. Biarlah mereka yang serius sahaja berurusan.
Hampir tiga suku buku ini dibaca di Wellington. Ia kemudiannya disambung di Auckland. Juga tidak sempat dihabiskan. Akhirnya ia dibaca secara serius dalam penerbangan pulang ke Malaysia dan berjaya dihabiskan di ruang udara New Zealand juga. Sungguh unik. Sungguh istimewa.
Ahmad pula semakin rancak. Penggoda dan juga penggodam. wataknya kian mencabar. Novelnya kian matang. Ingin tahu?. Baca sendiri.
Ingin ke New Zealand juga?. Ikuti laman ini http://1426.blogspot.com/
hmmm.... Barangkali siri 3 novel ini saya akan baca di Felda New Zealand, Pahang ataupun Felda Kratong, iaiatu kampung Ahmad. Barangkali.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment