Sunday, December 19, 2010
KKP 2010: SIRI 3
... ada yang menang bidaan basikal, tapi tak mahu ambil. Bukan budak ini, tapi orang tua.
Ken uruskan sweeper. Terima kasih Ken, Azman dan semua.
Erna sediakan kek KKP... sangat istimewa. Terima kasih banyak.
SEMINGGU sebelum tarikh kayuhan saya ditugaskan ke New Zealand. Tugasan ini boleh sahaja dielakkan, namun ia adalah peluang keemasan. Saya tidak pernah ke sana. Lagi pula saya yakin tim saya sangat mantap dan mampu menguruskan KKP 2010 ini.
Punyalah sibuk. Saya berangkat ke NZ pada Sabtu, selepas solat asar bertolak ke KLIA. Paginya baru saya ada peluang untuk menukar Dolar NZ, mengemas baju dan membawa kelengkapan seminggu di sana. Sangat mudah aturan perjalanan saya. Semua rakan serombongan gelak apabila tiba di KLIA kerana saya hanya bawa satu bag kecil yang muat untuk hand luggage sahaja. Saya tidak perlu bawa banyak-banyak, namun sebab sebenarnya ialah tidak jumpa bag yang sesuai untuk perjalanan seminggu. Belasah sahajalah mana-mana beg yang ada.
Sehingga hari berlepas, kami hanya berjaya mengumpul 64 orang pengayuh termasuk AJK. Sungguh malang, sungguh sedih jika angka 100 tidak dapat dicapai. Di antara senarai pengayuh ialah Anuar Manan (Pemenang pingat emas Sukan Asia)dan Wahid Senario (Pengacara Melodi TV3). Waduh-waduh hebatnya. Saya tidak war-warkan pendaftaran mereka kerana takut ia tidak menjadi dan ada yang akan menuduh kami berbohong pula. Lagi pula terima mesej Anuar yang akan hadir dengan syarat "domestic, I manage, I speak". Hmmm.... apa yang anda faham?. TV3 akan datang membuat liputan. Syukur.Dalam masa yang sangat singkat, NTV7 pula cuba untuk menemuramah di studio. Tidak mungkin.
Saya bercadang untuk juga menjemput Dato' Hassan Nawawi, yang berkayuh ke seluruh dunia, namun tidak kesampaian.
Dari New Zealand saya berkomunikasi dengan Pengurus Projek (PM) dan semua AJK. Memohon kemaskini dan nmelakukan itu dan ini. Paling perit apabila Polis Putrajaya, Perbadanan Putrajaya dan PICC serta pihak ambulan serta paramedik masih belum memberi kata putus. Barangkali itukah sebabnya VVIP tidak hadir pada masa pelepasan?. Saya tidak tahu. Deraf ucapan YBMK telah saya sediakan dan serahkan sebelum saya ke NZ. Nampaknya dibaca tanpa sebarang pindaan atau tokok tambah.
Paling perit apabila berada di luar negara ini ialah perbezaan waktu (5 jam) dan isu utama yang dibangkitkan ialah agihan jersey. Saya pulang sehari lebih awal dari NZ semata-mata untuk mempastikan raptai pada pagi Sabtu berjalan lancar dan jika ada apa-apa masih ada waktu untuk diperbaiki. Ternyata di minit-minit terakhir ini masih banyak perkara yang perlu dilakukan atas karenah birokrasi dan sebagainya. Peserta mula meningkat dan sehingga penyertaan ditutup pada jam6petang Sabtu, ia telah mencecah 200 orang. Sangat merisaukan ialah tentang persediaan makanan dan juga door-gift. Kami terpaksa buat apa-apa yang patut. Wang tidak menjadi masalah pada saat ini dan saya berikan kebebasan penuh kepada PM untuk meluluskan perbelanjaan.
Dan akhirnya saya mendapat tahu beberapa orang AJK tidak tidur langsung mulai pagu sabtu sehinggalah habis acara pada petang Ahad. Sangat komited. Terharu.
Akhirnya..... KKP 2010 berjalan lancar dan saya tidak menerima sebarang komplen. Namun ada juga pihak yang cuba menipu dan mempermain-mainkan kami. Terutamanya yang menang bidaan basikal dan tidak mahu membayarnya setelah menang. Oleh kerana kami bukannya pelahap sangat dengan duit dia, saya tidak ambil peduli dan arahkan AJK supaya jangan ambil port. Namun mereka-mereka ini haruslah kami haramkan daripada menyertai program kami di masa hadapan.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment