Wednesday, August 25, 2010
TWITTER UNTUK URUSAN PEJABAT
MINGGU lepas saya jumpa bos besar. Dia suruh saya ajarkan dia dan kawannya, juga seorang bos besar cara-cara mengunakan twitter. HAmpir saya terlupa akan permintaan ini. Semalam saya bertemu seorang sahabat yang buat bisnes dalam bidang ICT. Sembang-sembang petang. Akhirnya tercetus idea bagaimana mengunakan Twitter untuk kegunaan rasmi.
Saya mempunyai sedikit masalah untuk mengesan 30 orang pengurus di bawah saya. Apabila saya perlukan, mereka tidak ada di tempatnya. Adakah mereka cuti, kursus, mesyuarat atau ke mana?. Tidak ada sistem atas talian yang mengesan pergerakan mereka. Lantaran itu mereka diminta untuk membuka akaun Twitter dan saya 'follow' mereka. Sekiranya mereka ralit mengemaskini Twitter, sudah tentu pergerakan mereka dapat saya ketahui melalui Twitter saya.
Arahan melalui e-mel diberikan selepas Subuh tadi supaya membuka akaun Twitter. Sehingga selepas Isya' baru 5 akaun Twitter yang berjaya saya follow. Ke mana perginya 25 lagi?. Adakah mereka tidak membaca e-mel? Adakah mereka tidak tahu menggunakan Twitter? Adakah mereka memang culas?. Entahlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
MBA,
Yang 25 lagi tu, buka FB account, mereka tak suka Twitter. ;-}
Saya terpaksa buka firewall kepada FB & Twitter atas permintaan Pengurus Besar Komunikasi kami. :-/
wassalam,
sabre23t =^.^=
Barangkali ya juga, tetapi besar kemungkinan, e-mel pun tidak dibaca ...
Post a Comment