Thursday, August 26, 2010
STAF RAJIN DAN PANDAI KENA PENALTI
UMUM mengetahui bahawa:
1. Staf pandai dan rajin akan kena penalti
2. Staf malas, culas dan kurang pandai akan dapat ganjaran.
Pelik?. Ia adalah lumrah dalam dunia pekerjaan.
Sekiranya kita mempunyai staf yang pandai dan rajin, maka kepada beliaulah kita berikan segala kerja. Kerja, kerja dan kerja. Semua tugasan yang diberikan semuanya siap dan beres.
Bagi staf yang culas, kerja yang diberikan kerap kali tidak siap. Alasan yang diberikan adalah panjang berjela. Barangkali dia menghabiskan masa untuk mereka-reka alasan adalah lebih lama daripada masa memberi tumpuan kepada kerja. Alasan tidak pandai buat kerja dan perlukan kursus serta latihan untuk buat kerja. Kita hantar kursus. Alasan tidak cukup staf bawahan, kita beri staf. Alasan sibuk dan tidak ada masa, kita kurangkan kerja. Akhirnya satu bendapun tidak jadi. Apapun tidak menjadi. Semuanya tidak siap.
Maka kita mengharapkan kepada staf yang rajin dan boleh diharap. Semua kerja diserahkan kepadanya. Tidak ada masa untuk kursus, tidak ada masa untuk cuti. Yang culas gunakan masa sepenuhnya untuk kepentingan peribadi. Misalnya membaca untuk peperiksaan PTK dan seumpamanya. Akhirnya si culas berjaya dan si rajin gagal. SI culas dapat kenaikan pangkat dan si rajin masih begitu juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Apa kata kalau yang malas kerja, tidak empunya kerja lagi? Bukankan itu lumrah swasta? Bolehkah juga di sektor awam?
SETUJU sangat Sabre....
Happy birthday to you.
Salam,
Staf yg lambat, culas, lembap itu kalau di Jepun setiap hari kena tengking dari ketua dari penjuru ke penjuru pejabat. Utk mengelakkan itu, semua staf di Jepun kerana takut kena tengking dari penjuru ke penjuru pejabat, kerja rajin dan pantas. Cerita betul.
Boss orang Melayu berhati lembut, kerja tak jalan.
Bos kena pandai jaga hati staf, jangan mengata kat belakang. Kalau tak puas hati, panggil staf dan buat teguran. Kekadang perangai bos suka buat-buat cerita kat belakang.
Post a Comment