Tuesday, August 17, 2010
DILEMA BOS
ORANG Melayu kata:-
1. Kerja bertangguh tidak menjadi
2. Kerja beransur tidak bertahan.
Kadang-kala bos menghadapi dilema, samada kerja perlu diagih kepada anak-buah ataupun dibuat sendiri. Ini adalah khusus kepada kerja-kerja penting yang perlu disegerakan. Berdasarkan kepada pengalaman lampau, sememangnya buat kerja sendiri adalah lebih cepat, tepat dan boleh dipercayai. Namun sampai bila?. Apa gunanya ada staf jika bos yang lakukan kerja sendiri?.
Bos mengagihkan kerja kepada staf kerana:
1. Mahu melatih staf buat kerja
2. Bos kerja banyak, tidak tertahan dibuat sendiri
3. Bos mahu wujudkan pasukan kerja yang mantap.
Namun banyak kali juga staf menghampakan harapan bos dengan buat kerja secara sambil lewa, tidak sempurna dan bagaikan melepaskan batok di tangga (bukan batuk ya...).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kemungkinan juga pekerja banyak tugasan rasmi.. menyebabkan tugas2 tersebut tidak dapat dilakukan dengan sempurna.. bos-bos perlu fahammm keadaan tersebut..
Post a Comment