KELAPA tua lebih santan dan berlemak daripada kelapa muda, namun sebiji kelapa muda lebih mahal harganya berbanding dengan sebiji kelapa tua. Yalah, itu kelapa, tetapi bagaimana pula dengan staf?.
Staff tua @lama lebih berpengalaman, Staff muda @baru lebih bersemangat
Staf baru lebih laju, staff lama lebih perlahan
Staf baru sanggup belajar, staff lama sudah berilmu
Staf baru sangat inovatif, staff lama sungguh setia
Staf baru senang diajar, staff lama tidak makan ajar
Ah, entahlah.... apabila banyak majikan mula menaikkan umur persaraan, ini bermakna staff lama (berpengalaman) adalah lebih bernilai daripada staf baru (bersemangat dll). Jika ikutkan logik, sarakan sahaja staf lama yang sudah bergaji tinggi dan digantikan dengan staf baru yang boleh dibayar murah. Apa-apapun mana-mana staf yang mencapai sasaran (KPI) itulah dia, tidak kita tua atau muda.
1 comment:
Salam MBA San, satu 'penyakit' yg selalu melanda staf baik yg lama mahupun yg baru ialah 'rasa diri sgt pandai'. staf yg muda angkuh dan staf yg tua inferiority complex. yg tinggal 'terbiar' ialah arahan pihak atasan yg tak dpt dilaksanakan dek penyakit ini.
Post a Comment