Labels

Thursday, October 22, 2009

SUSAH-SIHAT DAN SENANG-SAKIT



tanya: Bagaimana tuan datang ke kursus ini?

jawab: naik komuter dan LRT

tanya: dari rumah ke komuter dan dari lrt ke tempat kursus?

jawab: jalan kaki

tanya: tuan mesti seorang yang sihat. Saya berkereta ke rumah tuanpun mengah, inikan pula berjalan kaki.

jawab: saya sudah biasa berjalan. sejak kecil lagi. Bukan sebab sihat atau tidak. Saya orang susah. Hanya ada sepasang kaki sahaja. Tidak ada tongkat. Tidak ada sepatu selain sepasang untuk ke sekolah. Saya jalan kaki ke sekolah sebab tidak ada basikal dan kenderaan lain juga tidak ada. Semua kami gunakan kaki sahaja. sudah biasa.

tanya: Sekarang tuan sudah senang. Kalau iapun nak naik komuter, teksi banyak untuk hantar tuan ke rumah.

jawab: Jika sangat perlu bolehlah saya gunakan teksi.

tanya: adakah apabila hujan?

jawab: saya ada bawa payung

tanya: ah... tuan ini sangat kedekut!

jawab: saya sudah biasa susah, payah bagi saya untuk menjadi manja.

tanya: bagaimana tuan boleh terapkan kebiasaan ini kepada anak-anak tuan?

jawab: sangat susah dan saya gagal.

1 comment:

K.H said...

Salam Tuan MBA,

Dialog tuan ini amat mengesankan saya. Untuk jadi seperti tuan, perlu harungi zaman awal yang seperti tuan juga. Ayat terakhir itulah yang juga saya kerap fikir-fikirkan mengenangkan zaman yang berubah.

Terima kasih untuk dialog ini, buat saya tersenyum dan berfikir.